Simulasi penyiasatan di dalam kelas.
SUBJEK: English
TOPIK: Be Safe
TAHUN: Year 4
LANGKAH: Pre-Reading
Untuk membawa pelajar membaca cerita penyiasatan adalah agak susah walaupun ceritanya pendek. Ini disebabkan cerita-cerita penyiasatan mempunyai laras bahasa bersifat investigatif, susah untuk pelajar.
Keadaan bertambah lebih susah jika ada pelajar yang selalu tertinggal dalam membaca, mereka akan cepat mengalah dan hilang minat.
Jadi, apa kata kita buat simulasi penyiasatan ringkas. Tujuannya adalah untuk menaikkan sifat ingin tahu pelajar dan menyediakan mereka untuk membaca.
Sila ikuti gambar berikut:
|
1. Buat aktiviti ini apabila waktu-waktu sebelumnya murid-murid menjalankan PnP di tempat lain. Sebelum mereka kembali ke kelas, sediakan kelas seperti di tempat kejadian jenayah. (rujuk gambar). Mohon supaya elakkan perkara-perkara yang berunsur ganas. Tekankan kepada penyiasatan. |
|
2. Guru berpakaian seperti detektif untuk meransang lagi suasana penyiasatan. Role modelling adalah perlu. Di sepanjang kelas, murid akan memanggil guru sebagai detektif. (saya ada jaket, magnifying glass, plastic untuk evidence, top. Sila PM kalau nak pinjam apa-apa) |
|
3. Bagi langkah induksi, detektif meminta pelajar untuk cuba menyelesaikan sendiri kes tersebut sendiri melalui pemerhatian. |
|
4. Darpada pemerhatian plajar-pelajar tadi, detektif "tanya apa yang kamu boleh nampak?". Pelajar akan cakap yang mereka nampak cebisan kain yang ada kesan darah dan nota di balik tangan si mati. (PM saya kalau nak pinjam tangan mannequin itu.) |
|
5. Detektif simpan cebisan kain itu dulu dan fokus kepada nota. Dalam nota tersebut ada kod, r 4 9 y 12 4 11, = Bulan dlm bhsa Melayu, jadi nombor-nombor itu adalah bulan, 4 = April, 9 = September, 12 = December dll. Jika digabung menjadi 'Rasydan' dan = adalah buku, bermaksud, di dalam beg Rasydan ada sebuah buku yang mengandungi clue seterusnya. Sebelum kelas lagi, guru sudah masukkan buku dalam beg Rasydan, kod di buat berdasarkan nama murid. |
|
6. Dalam beg Rasydan, ada buku yang mempunyai secret compartment untuk sembunyi satu lagi clue. (boleh PM saya kalau nak pinjam buku ni) |
|
7. Nota di dalam buku itu ditulis dalam keadaan terbalik. Jadi untuk membacanya, perlu cermin. Kalau tak ada, guna kaca dan kertas hitam untuk jadi cermin. Contoh di sini adalah 'Under Aqilah's table'. Pastikan murid tidak berebut dan tidak bertindak terburu-buru serbu meja Aqilah. |
|
8. Di bawah meja Aqilah, ada senjata pembunuh. Padanya terdapat cap jari. Detektif kemudian meminta semua pelajar tunjukkan jari. Kelihatan salah seorang dari mereka ada tanda hitam. Sebelum kelas beemula, minta seorang pelajar untuk jadi pesalah. Jarinya diletakkan tanda hitam awal-awal lagi. (Pisau bukan pisau betul) |
|
9. Panggil yang berlakon menjadi pesalah ke hadapan, dan minta dia mengaku. Dia takkan memgaku, jadi kita ambil bukti pertama tadi, cebisan kertas yang ada cap tangan, dan ukur kan saiz,. Yang ini pun dibuat dan diukur sebelum kelas lagi. |
Nota tambahan:
- Jangan ambil masa lebih dari 15 minit. Sebab berlakon bukanlah fokus kita. Fokus kita adalah membaca.
- Ambil kesempatan memperkenalkan perkataan baaru seperti evidence, clue, magnifying glass dan lain-lain.
- Bila pelajar sudah menunjukkan minatnya dengan simulasi penyiasatan, inshaAllah mereka akan termotivasi untuk membaca cerita penyiasatan anda.
- Sentiasa inculcate moral value dan tips-tips keselamatan sebab inilah point utama topik ini.
- Nak beri whole lesson interesting, jangan beri bahagian konklusi cerita penyiasatan anda kepada pelajar. Biar mereka meneka dan membuat penyiasatan sendiri.
- Walaupun detektif selalu hisap rokok paip, jangan sesekali guna dalam kelas. Bimbang ia akan memberi pengaruh yang tidak baik pula. Hahaha!
Ini hanya sekadar cadangan saja. Cikgu-cikgu bolehlah tambah, tolak, edit untuk pengajaran yang lebih baik. Selamat mencuba gaiss! Allah bagi idea, kita share. - Little Chuckee |
Nota Kaki: Cikgu muda ini memang ohsem! Untung pelajar sekolah beliau mempunyai cikgu yang kreatif seperti ini.
0 comments:
Post a Comment