Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam di Kampung Lio, Engkilili itu, mangsa yang dikenali sebagai Puan Awa berjaya menyelamatkan diri dari dibaham seekor buaya ketika sedang mandi di tepi sungai tersbeut.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kiri akibat dibaham oleh buaya.
Menurut laman Kamek Miak Sarawak, mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menurut penduduk kampung berkenaan, sudah menjadi kebiasaan mereka mandi di sungai tersebut berikutan tiadanya kemudahan air paip yang disediakan oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi.
"Kampung kami memang sudah lama tiada perkhidmatan air paip. Air sungai itu saja yang digunakan untuk mandi. Masak dan minum, kami gunakan air hujan.
"Kerajaan hanya memberikan janji-janji manis nak buat itu ini bilamana 'Yang Berhormat' datang turun naik ke rumah panjang kami. Tetapi tiada satu pun yang dibuat.
"Memang penduduk di sini akan mandi di sungai setiap petang secara beramai-ramai. Itu pun juga air pasang, baru dapat mandi. Tak ada maknanya kami nak mandi di sungai sesuka hati seperti yang didakwa. Kalau ada perkhidmatan air paip, kami tidak perlu lagi mandi di sungai yang sudah sedia kami ketahui banyak buaya di dalamnya," kata Jax Sniglar. -
0 comments:
Post a Comment