• Latest News

    Jun 15, 2015

    Subhanallah...Bunga Tulip Terus Mekar DiPusara Ammar,Pelajar Malaysia Yang Syahid Di Bumi Turki


    Siapa yang tak kenal Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang terkenal dengan Syahid yang tertangguh...


    Allahyarham juga terpilih sebagai orang Malaysia pertama yang dikebumikan  di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

    Siapakah Ahmad Ammar?

    Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

    Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

    Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

    Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

    Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

    Subhanallah…berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham…..

    Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.
    Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

    Al-fatihah.

    Bagi yang masih tidak mengenali Allahyarham boleh la menonton video yang rata2 di share di laman media sosial dan insyaAllah menyentuh hati kita untuk menjadi role model kita selain Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

    Subhanallah...waktu hidupnya seperti orang biasa namun pemergiannya menjadi sebutan hampir seluruh pelosok dunia... =') Mahukah kita jadi seperti Beliau? InsyaAllah...


    Melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu ketika meninggal dunia 36 hari yang lepas.


    Kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.

    Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.



    Personally, lepas menonton video Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam, aku percaya apa yang terdetik dalam fikiran setiap orang ialah, adakah kita mampu jadi seperti beliau?...adakah kita akan dipilih oleh Allah kelak untuk menjadi tetamuNya yang soleh dan solehah? 

    InsyaAllah... selagi kita masih hidup, peluang masih terbuka... Allah maha pengampun... =') percayalah dengan janji Allah... Jangan pernah berhenti memohon daripadaNya...Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua...insyaAllah...

    Catatan bapa  Ammar ketika menzirahi pusara beliau.
    Kedatangan nenek menziarahi Ammar disambut dengan hujan rahmat. Abah memberikan jaket Abah untuk memayungi nenek dari dibasahi hujan. 
    Inilah pertama kali ziarah Abah dan Mak ke pusara Ammar disambut dengan hujan. Agaknya berkat ziarah nenek yang pertama kali datang.

    Ammar!

    Setahun enam bulan setelah Ammar dipanggil pulang ke Rahmat ILahi, banyak sekali perkara yang luarbiasa yang berlaku diluar jangkauan pemikiran Abah.
    Begitulah takdir ALlah yang Maha Hebat.

    Sebaik tiba di pusara, nenek lantas berkata, " Dah setahun lebih baru dapat ziarah Ammar" sambil menahan terharu dan pilunya.

    Begitulah nenek yang sentiasa dapat mengawal perasaannya walau dalam keadaan pahit sekalipun. Semoga terubat rindu nenek kepada Ammar.

    Abah juga membawa salam dari ramai anak muda dan juga ibubapa yang baru mengenali Ammar setelah Ammar tiada lagi. Ramai sekali kenalan baru Ammar.

    Abah masih terkejut dengan apa yang berlaku ini dan semakin bersedia untuk menghadapi banyak lagi kejutan-kejutan yang diluar jangka. Insya ALlah sebelum Abah balik, akan ziarah Ammar lagi untuk nenek melepas rindunya...
    Anakanda Ammar! 
    Nenek, Abah dan Mak balik dulu ya! Bahagia dapat menunaikan hasrat Nenek menziarahi Ammar walau lambat satu tahun enam bulan.
     Kami datang disambut dengan hujan, pulang pula disinari mentari pagi. Alhamdulillah, keputusan Abah untuk mengkebumikan Ammar di Istanbul, walau tidak difahami ramai ketika itu, rasanya kini ramai yang telah memahami hikmahnya.
    Abah dapat merasakan Nenek cuba memendam perasaan rindu dan sedihnya tika membaca Yasin di Pusara Ammar.
     Namun, tak terbendung juga. Nenek menangis teresak-esak juga akhirnya. Mak terpaksa mengurut dibelakang Nenek untuk menenangkannya.
    Abah amat memahami akan kerinduan nenek kepada Ammar. Nenek lah yang banyak masa melayan Ammar selain Mak tika Ammar masih kecil.
    Abah tahu Ammar sekarang damai di alam Barzakh. Ammar hidup dan bebas dari hiruk-pikuk dan fitnah dunia ini. Ammar terus hidup berdakwah. Abah tidak mungkin akan faham kecuali Abah menyusuli Ammar di sana.
    Kami pulang dulu Ya Ammar ! 
    Makcik Saziye akan bersama Ammar menjaga pusara Ammar, menyiram pokok bunga agar pusara Ammar terjaga untuk menerima agak ramai pengunjung Malaysia dan Turki yang mengenali Ammar sekarang.





                                                                Perkuburan Eyyub Sultan

    Terima kasih sudi baca... 


    Share :

    Facebook Twitter Google+
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Subhanallah...Bunga Tulip Terus Mekar DiPusara Ammar,Pelajar Malaysia Yang Syahid Di Bumi Turki Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top