• Latest News

    Jun 16, 2015

    Samsung Galaxy Tab E tampil berskrin 9.6 inci


    Selepas memperkenalkan Samsung Galaxy Tab A baru-baru ini, Samsung sekali lagi muncul dengan tablet terbaru yang Galaxy Tab E.

    Dipetik dari Amanz, Galaxy Tab E ini adalah tablet mampu milik dan pada ketika ini ia hanya mempunyai variasi 9.6 inci sahaja.

    Galaxy Tab E ini akan hadir dengan resolusi 1280x800 pixel dan paparan TFT LCD dengan bateri berkapasiti 5000mAh dan hanya versi WiFi sahaja diumumkan buat masa ini.

    Selain itu, tablet ini akan dijana oleh cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz memori 1.5GB RAM, Android 4.4 KitKat, ruangan storan 8GB dan mempunyai slot untuk mikro-SD.

    Buat masa ini Galaxy Tab E hanya dipasarkan di Taiwan pada harga RM845 dan masih belum diketahui bilakah ia akan memasuki pasaran global.

    [Sumber foto: androidauthority.com]

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Samsung Galaxy Tab E tampil berskrin 9.6 inci Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top