• Latest News

    Jun 15, 2015

    Rangkaian Telekomunikasi 2G Akan Dihentikan Di Singapura Menjelang 2017

    Tiga syarikat telekomunikasi utama Singapura Singtel, Starhub dan M1 mengumumkan mereka akan menghentikan perkhidmatan telekomunikasi 2G menjelang April 2017. Ini dilakukan bagi menggunakan saluran yang digunakan 2G bagi mengembangkan perkhidmatan 4G mereka. Jumlah pengguna peranti 2G di Singapura sudah semakin mengecil dan pemansuhan perkhidmatan hanya akan menjejaskan sebilangan kecil pengguna di republik ini.
    Sistem 2G diperkenalkan pada tahun 1991. Kelajuan internet maksimum 2G ialah 1 Mbit/s menggunakan sistem EDGE. Singapura bukanlah negara pertama yang menghentikan sokongan 2G. Di Kanada syarikat telekomunikasi EV-DO menghentikan sokongan sejak September 2014. Syarikat lain bercadang menghentikannya seawal hujung tahun ini. Ini turut dilakukan oleh syarikat telekomunikasi di Australia dan juga Amerika Syarikat.
    Di Malaysia 2G masih lagi diperlukan kerana masih ramai yang belum berpindah kepada peranti pintar 3G. Kawasan sokongan rangkaian 3G juga belum meliputi keseluruhan Malaysia. Kerap kali juga peranti kami terpaksa menggunakan EDGE ketika memandu di luar bandar. Pada pendapat anda bilakah teknologi 2G akan dihentikan sokongannya di negara kita?




    Banyak lagi menarik FB kami

    http://ift.tt/14Mtwjx
    via Sembang Maniac
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rangkaian Telekomunikasi 2G Akan Dihentikan Di Singapura Menjelang 2017 Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top