• Latest News

    Jun 15, 2015

    NORA DANISH PERJELAS ISU KAFE KENAKAN CAJ MAHAL?

    NORA DANISH PERJELAS ISU KAFE KENAKAN CAJ MAHAL?

    | 15/06/2015 | 0 Comments
     
    Pelakon Nora Danish menjelaskan kadar bayaran dikenakan kepada pelanggan di kafe Kopi & Xoxo yang dikongsi bersama empat orang rakannya adalah berpatutan. Nora berkata, harga dicaj kepada pelanggan adalah bersesuaian dengan lokasi kafenya yang terletak di Bangsar.
    “Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi. Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,” katanya.
    Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kadar bayaran dikenakan di Kopi & Xoxo kepada pelanggan yang dikatakan mahal oleh sesetengah peminatnya. Tambah Nora, keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana perniagaan itu masih baharu dan dilakukan sekadar hobi.
    Kopi Xoxo
    “Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” katanya.
    Dalam pada itu, Nora berkata kafe tersebut merupakan hasil perkongsian diantara empat orang rakan baiknya yang mengentengahkan konsep kopitiam. Terdahulu Nora dan rakanya melabur hampir RM100,000 untuk membuka kafe berkenaan dan ia merangkumi aspek dekorasi, perabot, konsep dan pilihan menu.

    Category: HIBURAN
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: NORA DANISH PERJELAS ISU KAFE KENAKAN CAJ MAHAL? Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top