• Latest News

    Jun 16, 2015

    Jom Lihat Keindahan Istana Misteri Diatas Awan di Jepun.


    Jepun memang dikenal mempunyai pelbagai bangunan istana dan kubu sejak zaman dahulu kala . Bahkan di era modern ketika ini , masih ditemui beberapa runtuhan istana yang tetap kukuh salah satunya Istana Takeda .

    Istana yang digelar sebagai Machu Picchu of Japan ini memang begitu terkenal di seluruh antero Jepun . Machu Picchu sendiri merupakan sebutan istana atas awan yang terletak di kawasan Amerika Latin . Nah , Istana Takeda ini juga merupakan " istana di atas awan " Jepun .

    Istana Takeda terletak di ketinggian 353 meter puncak Gunung Wadayamacho , Hyogo , Jepun . Kerana letaknya yang sangat tinggi inilah yang membuatnya kelihatan seperti terapung di atas awan . Walaupun begitu , kesan di atas awan ini hanya boleh dilihat di waktu - waktu tertentu sahaja seperti semasa musim luruh bulan September hingga November di mana perbezaan suhu udara ketika waktu malam dan siang hari sangat tinggi .

    Selain waktu - waktu tersebut , ada pelbagai keadaan lain yang boleh membuat kesan Machu Picchu ini muncul kembali . Diantaranya adalah saat hari cerah , angin tidak bertiup kencang dan di daerah Bantan ( sekitar istana Takeda ) ketika suasana berkabut . Sedangkan masa musim sejuk tiba , istana ini akan diselimuti salji putih yang membuatnya kelihatan seperti awan .

    Istana Takeda dibina oleh Raja Daimyo yang berasal dari puak samurai Yamana pada tahun 1443 . Setelah menjadi tempat penggambaran filem " Anata e " ( 2012 ) , istana ini menjadi popular dikunjungi oleh penggunjung dan dibuka menjadi tempat kedua dengan bayaran masuk 300 Yen .






    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jom Lihat Keindahan Istana Misteri Diatas Awan di Jepun. Rating: 5 Reviewed By: Unknown
    Scroll to Top