Program televisyen terkenal "Running Man" terkena tempias negatif apabila dikritik oleh orang ramai mengenai pengaruh negatif program tersebut sehingga menyebabkan seorang pelajar di China maut baru-baru ini.
Dipetik dari SuaraTV, pelajar tersebut meninggal dunia selepas dia dan 39 pelajar lain turut serta dalam permainan yang diinspirasikan oleh program tersebut yang dinamakan sebagai 'tag name' di kawasan bangunan lama yang terbiar selepas selesai menjalani peperiksaan semester.
Bagaimanapun, kritikan tersebut disangkal oleh peminat rancangan tersebut dari seluruh dunia menerusi laman sosial yang menyifatkan tuduhan tersebut tidak masuk akal.
"Kita sudah diajar untuk tidak bermain di tempat bahaya sejak dari kecil lagi. "Running Man" selalunya dimainkan di tempat seperti di perpustakaan dan taman! Bahaya terdapat di mana-mana sahaja, tetapi anda perlu salahkan diri sendiri kerana tidak berotak untuk berfikir."
Seorang lagi peminat turut membidas dakwaan tersebut dan berkata jangan menuding jari sesuka hati tanpa alasan yang munasabah.
Dalam pada itu, pihak produksi "Running Man" bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan itu.
Rancangan yang dihoskan oleh Lee Kwang-soo, Kim Jong-kook, Ji Suk-jin, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk, Gary dan HaHa diterbitkan sejak 2010 dan sudah mempunyai sebanyak 251 episod.
0 comments:
Post a Comment