Perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Ia adalah menifestasi percintaan paling tinggi dalam satu perhubungan yang suci. Perkahwinan adalah satu komitmen untuk jatuh cinta berkali-kali terhadap orang yang sama. Ikuti kupasan untuk bagaimana kekal hangat bercinta dengan pasangan walaupun sudah lama berkahwin:
1. Kekal misteri
Mengenali suami dan isteri seluruhnya memang selesa. Cuma, ia akan menghilangkan misteri yang dapat menghangatkan percintaan. Simpan sedikit misteri tentang diri anda, begitu juga pasangan anda, agar setiap hari terdapat perkara baru yang dapat dia pelajari tentang anda, dan anda pelajari tentang dia.
2. Keluar berdua
Luangkan sedikit masa setiap minggu untuk anda keluar dengan hanya si dia – tanpa membawa anak-anak. Berikan 10 minit pertama hanya untuk berbincang tentang perkara-perkara yang menyeronokkan – dan tidak menyentuh tentang perkara-perkara kerja, seperti penjagaan anak-anak dan kerjaya. Habiskan masa seperti anda berdua baru berkahwin.
3. Tonton TV bersama
Ketika anak sudah tidur, apa kata anda dan suami menonton TV bersama dengan sebungkus bertih jagung dengan lampu yang malap – ianya umpama anda sedang menonton wayang dengan si dia.
4. Panggil si dia dengan panggilan yang baik
Panggilan seperti abang, sayang dan manja mampu membuat hatinya bertaut kepada kamu. Panggillah dia dengan penuh hormat dan penuh dengan pandangan kasih sayang.
5. Buat senarai Top 10
Luangkan sedikit masa untuk menulis kenangan paling manis dalam hidup kamu bersama si dia – dari acara yang besar, seperti hari perkahwinan kamu berdua, sehinggalah kepada perkara kecil, seperti betapa comel riak mukanya ketika bermain dengan anak-anak. Kejutkan si dia dengan senarai ini – letakkan ia di tempat baringnya di atas katil, email si dia, atau berikan senarai ini ketika anda berdua sedang keluar dating dan bacakan senarai ini kepadanya. Dia bukan sekadar terkejut tetapi akan berasa gembira dengan tindakan manis anda, dan akan mengingatkan semula kenapa anda memilih dia dan dia memilih anda sebagai pasangan hidup.
6. Jatuh cinta.. dengan diri sendiri
Jaga diri sendiri dan buat perkara-perkara yang anda sukai. “Anda tidak akan dapat menyanyangi orang lain sekiranya anda berasa hidup anda teruk,” kata Weiner-Davis penulis buku Divorce Busting. Buat senarai perkara yang anda mahu kecapi, dan berusaha ke arahnya. Luangkan masa untuk makan malam bersama rakan-rakan wanita yang lain. Bersenam. Masak makanan yang telah lama anda idamkan. Dengan menjaga diri anda sendiri, anda akan lebih baik dalam menjaga perasaan orang lain.
7. Buat sesuatu yang berbeza
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengelakkan kebosanan adalah dengan membuat perkara-perkara di luar kebiasaan. Cari hujung minggu yang lapang, dan ajak si dia dan anak-anak pergi bercuti di luar kawasan. Atau anda boleh berlagak seperti pelancong di tempat sendiri – dengan melawat tempat-tempat menarik di sekitar – seperti muzium, zoo atau cari restoren untuk menu makan malam yang baru.
8. Aktiviti di bilik tidur
Anda tahu apa yang kami maksudkan. Jadi kreatif. Anda boleh mulakan dengan memilih masa yang berbeza berbanding kebiasaan. Senaraikan perkara yang anda mahukan dan sorokkan di tempat yang beliau tidak sangka seperti kocek seluarnya, dan nantikan kejutan yang bakal anda terima.
9. Terima dia seadanya
Terima kenyataan – si dia tidak akan menghadiahkan anda sejambak bunga atau membawa anda menikmati candle-light dinner seperti mana anda lihat rakan baik dan suaminya lakukan. Pandang sisi baik dan istimewa pasangan anda dan selalu simpannya di dalam hati. Ingatlah saat dia memeluk anda dengan lama dan hangat setiap kali sebelum pergi ke tempat kerja, atau bagaimana comel dan gelisahnya dia kelihatan setiap kali dia hendak membuat surprise kepada anda. Apabila anda menutup mata terhadap perkara yang si dia tidak buat, dan membuka mata luas terhadap perkara yang si dia buat, anda akan menjadi gembira, dan apabila anda gembira, pasangan anda akan turut gembira.
10. Pelukan
Pelukan sudah terbukti meningkatkan tahap oxytocin, iaitu hormon yang meningkatkan perasaan kasih sayang, terutamanya terhadap wanita. Cuba peluk pasangan anda selama 30 saat setiap hari sebelum bekerja, ia akan meningkatkan semangat anda dan semangat si dia.
11. Kurangkan kritikan
Habit suka memberi kritikan adalah bahaya untuk perhubungan, kata Harriet Lerner seorang pakar psikologi dan penulis buku Marriage Rules: A Manual for the Married and the Coupled Up. Tiada sesiapa dapat meneruskan perkahwinan sekiranya dia berasa diadili dan bukannya dikagumi. Hadkan diri anda kepada hanya satu kritikan untuk satu hari, dan fikirkan sekiranya ia perlu. Sekiranya perlu, cuba nyatakan kritikan anda dalam 3 ayat atau kurang. Lakukan ini, dan lama-kelamaan anda akan dapat melihat pasangan anda dengan lebih positif dan menemui semula sebab-sebab kenapa anda jatuh cinta kepadanya pada pertama kali bertemu.
12. Kenali rakan-rakannya
Mengenali pasangan anda dari kaca mata rakan-rakannya dapat mendedahkan personaliti si dia yang mungkin anda belum kenali sebelum ini. Si dia mungkin sangat pandai bergurau dan memecahkan gelak tawa antara rakan-rakannya, atau bagaimana bangganya dia bercerita tentang kamu terhadap rakan-rakannya. Anda pun akan tersenyum melihat sisi lucu suami anda yang tersimpan rapi selama ini.
13. Berhenti berikan nasihat yang tidak diminta
Anda mungkin tahu cara paling tepat dan efisien untuk melakukan banyak benda, tetapi dalam perkahwinan, ia bukannya tentang siapa betul, tetapi apa yang setiap orang lakukan untuk kegembiraan pasangannya, kata Lerner. “Berikan dia peluang untuk belajar melalui trial and error, walaupun ia bermakna anda terpaksa meninggalkan dapur sedangkan dia sedang kesusahan memotong tomato atau dia sedang bertarung memakaikan baju kepada anak anda yang menolak.” Anda tidak bertanggung jawab untuk membetulkan dia.
14. Fake it ‘Till You Make It
Ya, memang sukar untuk bersikap romantik selepas pulang dari tempat kerja dan menghadap anak-anak yang menghadapi tantrum. Tetapi jangan tunggu sehingga anda benar-benar berasa penuh kasih sayang untuk anda bersikap baik dengan suami. “Seperti mana kita pura-pura berani semasa kita ketakutan, kita juga boleh bersikap kasih sayang dan positif semasa kita berasa.. sebaliknya,” kata Lerner. Tunjukkan kepada si dia yang anda sangat menyayanginya: peluk, cium, telefon si dia hanya untuk berkata hello, dan hantar sms yang manis kepadanya. Anda akan terkejut melihat bagaimana respon beliau dapat menjadikan mood anda lebih baik.
15. Lakukan perkara yang aktif
Bekerja terhadap misi bersama dapat membina perasaan kekitaan, dan perkara-perkara fizikal – seperti latihan bersama untuk half-marathon atau bersama-sama cuma menurunkan 5 kg – memberi anda berdua peluang untuk mendorong dan meminta sokongan antara satu sama lain. Membuat perkara baru juga menjadi pemangkin semangat buat anda berdua. Habiskan petang Ahad mendaki di sebuah taman berdekatan, atau cari percutian aktif yang anda berdua boleh cuba.
16. Jadi realistik
Berhenti dan jangan risau sekiranya anda rasa seperti “the feeling is gone”. Ingatlah perkahwinan terbaik pun kadang-kala tersekat. Daripada memikirkan apa yang salah dalam perkahwinan anda, fokus kepada cara untuk menjadikan diri anda dalam keadaan terbaik dalam membantu perkahwinan. Buat senarai tugas yang dapat menjadikan anda gembira – dan lakukannya sekarang! “Cara terbaik untuk menyayangi pasangan anda adalah dengan menyayangi diri sendiri,” kata Lerner.
17. Check In
Dalam sehari, mungkin anda bercakap dengan suami beratus kali, tetapi seperti pasangan lain, perbualan anda mungkin terhad kepada aspek logistik dan bukannya tentang kasih sayang: “Siapa yang ambil anak di sekolah petang ini?” atau “Kita mahu beli apa di kedai nanti?”. Ambil masa untuk membuat check in harian yang akan mengingatkan anda berdua adalah pasangan bercinta, dan bukannya dalam bisnes penjagaan rumah. Caranya begini: Tetapkan penggera pada masa tertentu di waktu petang, dan apabila ianya berbunyi, hentikan apa yang anda lakukan seperti – melipat kain, membaca email, atau menonton TV dan ambil masa selama 10 minit hanya untuk berbual mesra. Cara terbaik untuk bermula? Hanya dengan, “Apa khabar hari ini?”.
18. Perhatikan dia dalam diam
Luangkan lima minit hanya untuk memerhatikan dia tanpa dia mengetahui anda sedang melakukannya. Senaraikan 10 perkara yang buat anda jatuh cinta kepadanya – cara beliau bercakap dengan bayi anda ketika dia sedang menyuapnya makan, cara dia menyanyi perlahan ketika sedang bersiap ke tempat kerja, cara pelik dia memasukkan french fries ke dalam burgernya atau cara dia mengetap bibir ketika sedang menonton perlawanan bola. Ini akan mengingatkan anda kepada perkara-perakara kecil yang membuat anda jatuh cinta padanya seperti mana pertama kali anda sedang mengenalinya.
19. Jarak membuat anda saling merindui
Berikan dia peluang untuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan lelakinya, begitu juga izinkan diri anda menghabiskan masa dengan kawan-kawan perempuan anda. Mungkin dalam bentuk makan malam yang memakan masa beberapa jam atau dalam bentuk percutian selama beberapa hari. Jarak jauh yang memisahkan anda berdua memberi anda masa untuk berfikir tentang perhubungan anda berdua, dan bakal buat anda berdua saling merindui. Apabila anda bertemu kembali, pasti akan terasa perbezaannya.
20. Minta si dia ajar anda sesuatu
Kita semua mempunyai perasaan untuk diperlukan, salah satu cara menunjukkan anda menghargainya dan menambah rasa cinta anda berdua – adalah dengan bertanya kepakarannya. Apa yang dia tahu yang anda mahu fahami? Apa maksud offset dalam bola sepak? Bagaimana mahu menangkap gambar dengan cantik menggunakan mode manual? Atau apakah resipi asli rendang cili api milik keluarganya? Tanya apa yang dia tahu.
21. Jangan salah baca fikirannya
Kadang-kala masalah datang apabila kita mereka cerita dalam kepala kita sendiri, kata Lerner. Daripada marah-marah kerana anda menyangka dia tidak pernah mahu pergi bercuti atau dia tidak menghargai perkara-perkara yang anda lakukan di rumah – lebih baik tanya pendapatnya. Ubat paling mudah untuk meredakan kemarahan adalah dengan berhenti membuat sangkaan buruk, dan berbuallah dari hati ke hati dengan pasangan anda.
22. Cipta ulang tahun sendiri
Kami pasti anda meraikan ulang tahun perkahwinan anda setiap tahun, tetapi anda juga boleh menambah dengan ulang tahun yang lebih kecil. Contohnya, kali pertama anda makan bersama di restoren atau tonton semula filem pertama yang anda berdua tonton di pawagam. Jadikan makan malam pada hari pertama setiap bulan sebagai “piknik di lantai ruang keluarga”. Raikan ulang tahun “separuh” iaitu 6 bulan sebelum ulang tahun sebenar. Dengan menjadikan hari-hari biasa sebagai istimewa, anda memberikan peluang kepada anda, dia dan anak-anak untuk menikmati masa bersama sambil bersyukur di atas kehidupan yang telah dibina bersama.
23. Berkomunikasi dengan cara baru
Mungkin setiap hari anda berbual, telefon atau bermesej pendek dengan si dia. Buat sesuatu yang berbeza: hantarkan satu email yang panjang menceritakan kasih sayang dan terima kasih kepada si dia. Ambil masa untuk berbual – cerita tentang harapan anda dan dengarkan harapan si dia. Katakan padanya yang dia bukan sekadar suami atau kekasih tetapi rakan baik yang sangat anda percayai.
24. Lihat gambar lama
Hanya dengan melihat gambar lama bersama dapat membuat anda teringat kenapa anda jatuh cinta pada si dia. Lihat gambar perkahwinan anda, dan ingat kembali getaran yang anda rasakan apabila si dia melafazkan akad nikah. Lihat gambar kali pertama anak anda dilahirkan. Semua memori indah ini hanya akan membuat kasih sayang anda suami isteri bergetar kembali.
25. Saling bantu membantu
Perkahwinan bukanlah perkara yang mudah, tambahan lagi apabila mempunyai anak. Agihkan tanggung jawab menguruskan rumah dengan pasangan dan anak-anak demi rumah tangga yang selesa, bersih, kemas dan berjalan lancar. Jaga si dia ketika dia sakit, dan begitu juga suami anda harus menolong anda ketika kesusahan.
26. Perbaiki diri
Si dia tidak romantik, si dia tidak pernah mengucapkan terima kasih, si dia tidak manja. Tetapi bagaimana dengan anda? Periksa semula keluhan anda terhadap pasangan dan perhatikan semula diri sendiri: Bilakah kali terakhir anda benar-benar melihat ke matanya dan katakan “I love you”? Bilakah kali terakhir anda menelefonnya di tempat kerja hanya untuk bertanya khabar? Apabila anda mahu perhubungan yang lebih erat, cadangkan aktiviti bersama. Sekiranya anda mendapati anda berdua kurang berkomunikasi, jangan katakan kepadanya yang anda berdua sudah lama tidak berkomunikasi, tetapi teruslah berbual-bual terus tentang perkara yang menarik. Jadi proaktif dan anda akan dapati cara terbaik untuk mendapat apa yang anda mahu hanya dengan menjadikan ianya kenyataan.
27. Berbual tentang perkara semasa
Pecahkan kehidupan perkahwinan yang mendatar dengan menambah rencah kepada perbualan anda. Tanya si dia apa pendapatnya tentang perkara semasa, emailkan si dia link kepada artikel yang anda baru baca dan bincangkannya ketika makan malam. Mengetahui apa yang si dia fikir dan rasa tentang perkara-perkara baru akan membuat anda tersedar yang sebenarnya, anda tidak mengetahui segala-galanya tentang dia – dan membantu anda untuk terus bergerak bersama ke hadapan, pelajari perkara-perkara baru tentang si dia.
28. Lakukan perkara bersama
Makan, jaga anak dan solat bersama – melakukan perkara-perkara penting bersama akan meningkatkan rasa hormat dan sayang anda kepadanya. Betapa dia menyayangi anda dan keluarga dengan konsisten, hanya akan meningkatkan lagi rasa cinta anda terhadapnya.
BACA: Di Sebalik Rumah Sewa, Tersimpan Kisah Kasih Padu Si Isteri Tercinta
Inspirasi oleh: Today
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

0 comments:
Post a Comment