Pinggang merupakan aset wanita yang sangat mereka jaga. Mereka cukup berbangga jika mempunyai pinggang yang ramping. Namun apa yang akan terjadi jika ukuran pinggang lebih kecil dibandingkan ukuran pinggang normal wanita?
Untuk mendapatkan pinggang yang terlalu ramping bukanlah mudah. Kebanyakkan mereka menggunakan korset hampir 24 jam setiap hari. Berikut ialah 7 Pinggang Wanita Terkecil Di Dunia.
1. Nerina Orton ( Ukuran pinggang 40 cm )
Nama wanita ini ialah Nerina Orton, berasal dari Birmingham. Dia mempunyai impian memiliki pinggang terkecil di dunia. Ketika berusia 22 tahun, ukuran pinggangnya hanya 40 cm ketika memakai korset. Bagi mencapai impiannya, Nerina terpaksa memakai korset sejak usia 14 tahun. Nerina juga mengatakan bahawa dia boleh merasai ususnya bergerak. Ketika wanita lain memakai baju yang longgar ketika tidur, Nerina tetap memakai korset. Ukuran pinggang Nerina adalah 56 cm sewaktu tidak memakai korset.
2. Cathie Jung ( Ukuran Pinggang 38 cm )
Inilah wanita yang memegang rekod Guinness World Record sebagai pemilik pinggang paling kecil di dunia. Bayangkan, ukuran pinggangnya ketika memakai korset hanya 38 cm. Manakala ketika tidak memakai korset, ukuran pinggang Cathie hanya 53 cm. Walaupun dia sudah tua, Cathie yang lahir pada tahun 1937 itu telah buat ramai orang kagum dengan pinggangnya.
Wanita ini mengaku bahawa dia tidak pernah melakukan pembedahan pada pinggangnya. Ukuran pinggang yang sangat kecil itu adalah hasil dari memakai korset setiap hari. Cathie mengaku bahawa dia mendapat inspirasi dari wanita zaman Victoria yang mempunyai pinggang yang sangat kecil.
3. Michele Kobke ( Ukuran Pinggang 40 cm )
Wanita muda ini punya ukuran pinggang separuh dari wanita normal iaitu 40 cm ketika memakai korset. Namanya Michele Kobke, usianya baru 25 tahun. Pada mulanya ukuran pinggang Michele ialah 64 cm, namun selepas memakai korset setiap hari selama 3 tahun, ukuran pinggangnya menjadi 40 cm.
4. Ethel Granger ( Ukuran Pinggang 33 cm )
Mungkin inilah wanita yang mempunyai ukuran pinggang paling kecil dalam sejarah. Nama wanita ini Ethel Granger, ukuran pinggangnya hanya 33 cm. Pada mulanya, Ethel tidak pernah berfikir untuk membuat ukuran pinggang sehingga kecil ini.
Tapi, suaminya William Granger meminati wanita yang memiliki pinggang kecil, sehinggakan Ethel memakai korset bertahun-tahun. Akhirnya, ukuran pinggang Ethel menyusut dan namanya juga termasuk dalam Guinness Book of World Records.
5. Ioana Spangenberg ( Ukuran Pinggang 51 cm )
Kebanyakkan wanita mengecilkan pinggang dengan memakai korset. Tetapi wanita ini mendapatkan pinggang yang ramping secara semulajadi. Ioana Spangenberg, 31 tahun ialah seorang wanita yang tidak boleh gemuk. Badannya kecil termasuk ukuran pinggangnya.
Ioana hampir putus asa kerana tidak boleh menambah berat badannya. Padahal dia sering mengamalkan pemakanan berlemak dan tinggi kalori seperti pizza, kebab, chocolate bar dan sebagainya.
6. Ann Ward ( Ukuran Pinggang Seukuran Tangan )
Sekiranya anda mengikuti rancangan Amerika Next Top Model pasti anda mengenal wanita cantik ini. Ann Ward dikenali setelah menjadi pemenang utama rancangan tersebut. Penonton terkejut ketika seorang lelaki mengukur pinggang Ann, kerana ukuran pinggangnya hanya sebesar ukuran tangan lelaki tersebut.
7. Dita Von Teese: ( Ukuran Pinggang 42 cm )
Ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah berusia 41 tahun. Dita Von Teese atau dikenali dengan Ratu Burlesque memiliki ukuran pinggang yang sangat ramping. Walaupun ramai orang yang takut dengan ukuran pinggangnya, namun kesihatannya jauh lebih baik jika dibandingkan ketika usianya 20 tahun.
Wanita ini mengatakan bahawa dia menjaga bentuk pinggangnya dengan pemakanan yang sihat, tidak minum alkohol dan meminum jus sayuran dalam bentuk smoothie. Smoothie yang sering dia minum ialah dari sayuran sepeti ketumbar dan bayam. Dita juga mengaku dia mula memakai korset ketika berusia 18 tahun.

0 comments:
Post a Comment