• Latest News

    Mar 25, 2016

    "Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ



    KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengimbau kembali layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewak krisis Perlembagaan pada 1992.

    Menerusi Facebook Johor Southern Tiger, TMJ berharap agar sejarah hitam yang dilakukan kerajaan atas desakan tamak haloba dan gila kuasa itu tidak lagi berulang.

    "Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya dilayan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

    "Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, .. Ahli EXCO Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR (Jabatan Kerja Raja) diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

    "Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab" katanya di posting tersebut.

    "Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

    "Saya berharap supaya sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa supaya kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat," katanya.

    Tunku Mahkota Johor turut menjelaskan bahawa Sultan dan kerabat diraja Johor menyayangi rakyat negeri itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

    "Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita.

    "Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati negara Malaysia," katanya lagi. - Siakapkeli.my

    KEKUATAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR ADALAH PERPADUANSaya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun...
    Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, 22 March 2016

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top