Kita semua tahu, ianya memerlukan kerja keras dan dedikasi untuk nampak ramping dan sihat. Sementara kedua-dua sasaran itu boleh dicapai, ianya memerlukan komitmen dan masa yang baik bagi mencapai keputusan yang diingini.
Kita mungkin dimomokkan dengan bermacam cerita dan teori, menyebabkan kita tersalah langkah dalam cabaran hidup yang lebih sihat. Jadi disini, akan menyenaraikan apa sebenarnya yang boleh dan tidak.
Mitos #1: Elakkan karbohidrat, berat turun
Mengapa ianya tidak benar: Untuk membakar lemak, anda memerlukan bahan bakar bersama kalori bagi mencapai kada intensiti senaman yang tinggi. Tanpa bahan bakar (contoh karbohidrat), tangki anda akan kosong. Anda sangka telah berkerja keras, tetapi hasilnya tidak efektif sepertimana jika anda mempunyai bahan bakar yang betul untuk badan anda.
Mitos #2: Senaman sederhana berpanjangan bakar lebih lemak daripada senaman intensiti tinggi
Mengapa ianya tidak benar: Sementara anda membakar lebih lemak daripada karbohidrat semasa sesi senaman sederhana, jumlah kalori yang dibakar adalah bergantung kepada tempoh masa senaman. Tetapi ianya kurang peningkatan kadar metabolik. Manakala senaman berintensiti tinggi, menyebabkan pembakaran lebih lama selepas senaman yang bertahan sehari atau lebih selepas tempoh senaman. Pembakaran ini kebiasaannya dijana oleh lemak, dan inilah waktunya dimana badan berubah bentuk.
Mitos #3: Hilang 1 paun seminggu dengan membuang 500 kalori sehari dari makanan
Mengapa ianya tidak benar: Manusia dijadikan untuk bertahan, jadi apabila kalori yang sangat sedikit berada di mod bertahan pada manusia, ianya akan menjadikan kadar metabolik yang perlahan. Pengambilan kalori yang sedikit sehari menggerakkan badan untuk menyimpan bahan bakar. Mengambil lebih kalori membolehkan anda untuk bekerja lebih keras dan meningkatkan kadar metabolik anda.
Mitos #4: Mengurangkan berat badan dengan tidak makan selepas pukul 6pm
Mengapa ianya tidak benar: Semua makanan mempunyai kalori tidak kira waktu apa pun anda makan. Ringkasnya, pengambilan kalori yang berlebihan menyebabkan penambahan berat. Penyelidikan pada 2012 membandingkan orang obesiti yang mengambil karbohidrat sepanjang hari dengan mereka yang mengambilnya waktu makan malam. Mereka yang mengambil karborhidarat pada waktu malam kehilangan berat badan dan lemak yang lebih dan kurang rasa lapar pada waktu siang. Penjelasan mungkin terdapat pada penghasilan hormon pertumbuhan (GH) dalam badan. GH merupakan hormon yang mengawal berapa banyak lemak yang dibakar oleh badan dan berapa banyak otot yang dibina. Pada waktu malam, GH akan memuncak sewaktu kita tidur dan berhenti waktu kita mula makan.
0 comments:
Post a Comment