Sebanyak mana ibu-bapa ingin melindungi anak-anak mereka, adalah hampir mustahil untuk menghalang pencapaian ke akses internet pada waktu ini. Dengan itu, Google memandang jauh untuk membina produk mereka yang mesra kanak-kanak dalam membantu kanak-kanak dibawah umur 12 tahun untuk mengakses internet dengan selamat.
Jurutera VP Google, Pavni Diwanji yang mengetuai projek ini, memberitahu bagaimana anaknya menjadi peransang.
"Saya tidak mahu mereka merasakan perlu mencari tempat persembunyian apabila ingin menggunakan teknologi"Diwanji tidak menyebut jangkamasa ataupun sebarang penampilan istimewa dalam produk itu nanti.
Lebih banyak yang akan diketahui nanti apabila maklumat terperinci didedahkan pada masa akan datang, tapi buat masa sekarang ianya mungkin amat sukar untuk dilaksanakan. Menurut undang-undang privasi atas talian untuk kanak-kanak, COPPA, laman web dan juga servis perlu mendapatkan kebenaran ibu-bapa bagi membolehkan ianya digunakan oleh kanak-kanak dibawah umur 13 tahun.
Kebanyakan servis seperti Facebook dan Snapchat, kebiasaannya tidak membenarkan mereka yang dibawah had umur untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tettapi banyak dari mereka yang berumur 12 tahun kebawah menggunakan sosial media kerana keperluan mendapatkan maklumat umur adalah terlalu mudah. Kanak-kanak tersebut hanya perlu meletakkan maklumat yang berlainan daripada maklumat sebenar mereka.
Cabaran yang akan dihadapi Google adalah dalam usaha untuk menjadikan produk mereka lebih menarik di pandangan mata kanak-kanak berbanding perkhidmatan mereka yang lain. Jika tidak, amat sukar untuk membuatkan mereka memilih produk tersebut, lebih-lebih lagi mereka diantara umur 10-12 tahun dimana merupakan masa-kemuncak bagi perasaan ingin tahu mereka dalam pengalaman atas talian.
0 comments:
Post a Comment