KUALA LUMPUR - Unsur humor dalam lagu 'Awak Kat Mana' dendangan Taufik Batisah bertukar menjadi igauan ngeri buat seorang isteri apabila dibelasah suaminya hanya kerana melontarkan pertanyaan seperti mana tajuk lagu tersebut.
Bukan hanya itu, wanita itu juga hampir dibunuh suaminya, selepas ditumbuk dan diterajang di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Batu 4, Jalan Klang Lama.
Insiden itu dikatakan berlaku sejurus mangsa bertanyakan ke mana suaminya pergi sebelum membawa kepada pertengkaran mulut.
Suami mangsa kemudian memukul dan menumbuk muka mangsa. Suspek kemudian mengambil pisau pemotong daging dan pisau Rambo bertujuan membunuh mangsa.
Bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan lari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Mangsa dilaporkan terpaksa bersembunyi selama beberapa jam di dalam bilik sebelum menghubungi jiran dan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.
Suspek berjaya diberkas polis bersama dua bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan isterinya.
0 comments:
Post a Comment