• Latest News

    Dec 4, 2014

    Orang Bujang Mudah Jadi Gemuk, Terkena Serangan Jantung



    SELAIN memberi kebaikan dari segi psikologi, perkahwinan turut bermanfaat kepada kesihatan dengan menurunkan risiko serangan jantung.

    Satu penyelidikan membabitkan 3.5 juta orang dewasa di Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang berkahwin mempunyai peluang sakit jantung lebih rendah dibandingkan dengan individu yang bercerai atau tiada pasangan hidup.

    “Risiko penyakit jantung dalam kalangan orang yang telah berkahwin adalah 5 peratus lebih rendah.

    “Mereka lebih bermotivasi untuk menjalani gaya hidup sihat berbanding individu yang masih belum mendirikan rumah tangga,” kata ketua penyelidik, Carlos Alviar.

    Hasil kajian juga mendapati individu yang tidak mempunyai pasangan cenderung mengalami masalah obesiti dan menghidap penyakit lain seperti diabetes serta darah tinggi.

    “Kami turut mendapati jumlah perokok terbanyak terdiri daripada kolompok individu yang telah bercerai,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Orang Bujang Mudah Jadi Gemuk, Terkena Serangan Jantung Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top