• Latest News

    Dec 4, 2014

    Mediterranean Diet Boleh Memperlahankan Penuaan



    Terdapat petanda didalam kajian terbaru bahawa pengamalan diet mediterranean boleh memanjangkan umur.

    Penyelidik mendapati, kandungan rejimen itu - kaya dengan bijirin, sayuran dan buahan, kekacang, ikan dan minyak zaitun menunjukkan mempunyai hubungan dengan kepanjangan telomere, iaitu penanda dalam penuaan.

    Telomere yang berada di hujung kromosom, seakan-akan tip plastik di hujung tali kasut. Menurut ahli genetik, telomere menghalang kod genetik di kromosom menjadi kucar-kacir. Cebisan genetik ini memendek mengikut umur, tetapi lebih perlahan bagi mereka yang sihat.

    Penyelidikan terkini yang diketua oleh Immaculata De Vivo, profesor di Bringham dan Harvard Medical Shool di Boston. Ahli pasukannya melihat data daripada 4,600 peserta Nurses' Health Study, iaitu program yang masih berlansung dimana ianya mengesan tahap kesihatan jururawat di US sejak 1976.

    Peserta diberi markah dari 0 hingga 9 bergantung kepada sekerap mana mereka mengikut diet mediterranean, dengan markah tertinggi menunjukkan pematuhan yang kerap dalam diet itu.

    Setelah menyesuaikan beberapa faktor, penyelidik merumuskan bahawa telomere menua lebih perlahan mengikut turutan individu didalam skala dari bawah ke atas.

    Bagaimanapun, pengambilan bahan makanan secara individu didalam diet tersebut tidak berkait dengan kepanjangan telomere, menunjukkan kepentingan dalam pengambilan penuh kepada kesihatan.

    "Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah kajian terbesar berdasarkan populasi yang menunjukkan hubungan antara pematuhan diet Mediterranean dan kepanjangan telomere dalam kesihatan wanita di pertengahan umur. Keputusan yang didapati menyokong manfaat dalam pematuhan diet ini bagi mempromosikan kesihatan"
    Penyelidikan ini diterbitkan pada 2 Disember di BMJ, bukan direka untuk membuktikan diet Mediterranean memperlahankan pemendekan telomere; ianya hanya menunjukkan kaitannya

    Seorang ahli kardeo, Dr. Suzanne Steinbaum, pengarah Woman and Heart Disease di Hospital Lenox Hill, New York mengatakan bahawa penemuan ini menyokong teori tersebut.
    "kepanjangan telomere mempunyai hubungan dengan umur - dengan telomere yang lebih panjang, ianya berkait dengan penuaan yang lambat dan jangka hayat yang lebih lama."
    Beliau menyatakan gaya hidup hidup yang tidak sihat mempunyai kesan yang sebaliknya, bagaimanapun.
    "Telomere yang pendek mempunyai kaitan dengan obesiti, merokok dan penggunaan gula" Tambah Steinbaum. "Sebaliknya diet Mediterranean mempunyai antioksidan dan anti radang" 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mediterranean Diet Boleh Memperlahankan Penuaan Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top