• Latest News

    Apr 1, 2016

    'Hidung Dia Macam Hippo', Siti Sarah Terkilan Hidungnya Diejek

    Tergamak juga beberapa orang followers Instagram penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, yang mengutuk paras rupa wanita itu tanpa mengambil kira hati dan perasaannya. 

    "Hidung dia macam hippo," kata Nanthi.

    "Ya Allah, buruknya," kata Nieta.

    Gambar dua komen itu dimuat naik oleh Siti Sarah Raisuddin di Instagramnya yang jelas sekali telah mengguris hatinya. 


    Saya teringin sangat nak tahu. Sebagai manusia biasa, apakah yang akan anda lakukan sekiranya orang mengutuk dan menghina paras rupa anda? 

    Perkara ini berlaku pada saya bukan dari semalam atau dua tiga tahun lalu. Perkara ini sudah lama berlaku dalam hidup saya. Saya mula menyedari yang saya tidak sama seperti orang lain seawal saya bersekolah. 

    Saya dipanggil hodoh, badak. Apalah sangat. Pada awal tadika pula, ada budak panggil saya, "Hidung awak macam babi,". Saya marah dan panggil dia "Nenek Kebayan!"

    Hahahaha! Lalu budak itu marah dan menangis sebab saya panggil dia Nenek Kebayan. Biasalah budak-budak. Masuk sekolah rendah pun sama juga, tetapi sudah biasa. Masuk sekolah menengah, hampir setiap hari kena ejek hidung, hidung dan hidung. 

    Sampai kadang-kadang mengelak nak naik bas. Tunggu bila dah tak ramai orang, baru naik bas. Mujur ada kawan Yatie dan Azucar Moreena. Mereka kata, "Kau ala-ala black,". 

    Pernah terlintas di hati nak pergi buat hidung. Tapi bila fikir balik, orang takkan berhenti bercakap. Cantik macam mana pun orang tetap akan kutuk. Bila dah kahwin, bersalin, lagilah orang kutuk gila-gila. Gemuklah, hidung besarlah dan macam-macam lagi. 

    Ini bahagian cerita saya yang sebenarnya. Banyak lagi tetapi panjang sangat kalau saya nak tulis. Saya tak pernah pun cakap tentang perkara ini, cuma kadang-kadang terkesan juga. Tetapi saya fikir macam ini,

    "Aku ada tiga orang anak yang menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia dan aku ada suami Maharaja Lawak. Memang bahagia hidup aku,"

    Sekian. - Siti Sarah Raissuddin | PIXEL
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Hidung Dia Macam Hippo', Siti Sarah Terkilan Hidungnya Diejek Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top