Kadang-kadang sedih bila orang datang, terus cakap "Mahalnya dik. Dulu akak beli murah saja,". Lepas itu, siap beritahu lagi pada orang lain yang kita jual mahal.
Okay, contoh harga basuh kereta, RM15 basuh luar dan dalam. Mahal? Okay, sekarang ini, aku bagi kau RM15 untuk cuci kereta aku luar dalam. Nak? Aku bagi RM20 pun, belum tentu kau nak basuhkan.
Persoalannya sekarang ini ialah, malas dengan rajin sahaja. Kalau dah malas, nak tak nak kau kena keluarkan duit juga untuk dapatkan apa yang kau malas itu.
Contoh, zaman dulu air ambil di perigi saja. Murah memang murah, percuma saja. Tetapi pada hari ini, sanggup ke kau cedok air di perigi dan isi dalam tangki untuk buat mandi? Perigi sebelah rumah pun belum tentu kau nak cedok.
Jadi, berbalik kepada situasi tadi. Akak sanggup ke bancuh gula malam-malam, bancuh perasa, pakai apron, pakai sarung tangan, ikat aiskrim dan bekukan dalam freezer seharian semata-mata nak makan aiskrim dan semata-mata sebab tak mahu beli aiskrim yang mahal dijual di kedai itu?
Terpulang. Kalau akak rajin, boleh saja buat sendiri. Kalau tak rajin, nak tak nak akak kena juga cari di luar.
Apa-apa pun, aku doakan akak itu berjaya mendapatkan aiskrim yang murah. Tetapi walau macam mana pun, hati pelanggan tetap kena jaga. Aku tak maki akak itu tetapi aku psycho dia balik. Nak tahu apa cara aku buat?
"Berapa harga sebatang aiskrim ini dik?"
"50 sen saja kak. Kalau akak ambil 2, RM1,"
"Mahalnya dik, dulu akak beli murah saja," katanya.
"Oh mahal ye? Takpe, akak ambil saja sebatang aiskrim dulu. Saya belanja akak free satu. Haa, dulu-dulu walaupun murah, pernah tak akak dapat free?"
"Oh yeke free? Terima kasih. Ada perasa apa lagi ye?" tanyanya.
"Ada 7 perasa special kak. Ada coklat susu, keladi susu, jagung susu, asamboi, anggur jelly, jelly susu, bandung soda. Yang paling banyak dibeli, coklat susu kak,"
"Bolehlah coklat susu. Betul ni free?" soalnya untuk kepastian.
"Betul kak, free saja. Nak makan terus ke kak? Saya ada gunting untuk potongkan,"
"Bolehlah," katanya.
Akak itu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan untuk akak itu? Supaya dia dapat terus rasa macam mana sedapnya aiskrim special ini. Nak tahu apa jadi selepas itu?
Tiba-tiba akak itu datang balik dan cakap, "Dik, bagi akak coklat susu 4,".
Yeay! Sebenarnya dalam hidup ini, bukan setiap masa kita nak kena menang. Adakalanya bila kita mengalah dan bersabar, inshaAllah ada benda yang lagi baik kita dapat. Apa-apa pun bertolak ansurlah dalam kehidupan. - Ikhwan Jaffri |
0 comments:
Post a Comment