Isu panas yang muncul di media sosial dalam beberapa hari ini adalah berkaitan kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia. Dengar ceritanya, hal ini menjadi isu kerana seorang mufti telah bertindak mencetuskan provokasi kononnya bantahan HINDRAF atas kunjungan Dr Zakir Naik mempunyai kaitan dengan ASWAJA.
Saya sebenarnya tidak begitu berminat ambil tahu tapi memandangkan isu dah agak panas, so saya bagi sedikit ulasan.
Sebagaimana ijtihad seorang mujtahid hanya layak ditarjih oleh sesorang yang juga bertaraf mujtahid, dengan jalan yang sama, saya juga sebenarnya tidak layak untuk mengkritik Dr Zakir Naik. Dalam kes ini, bukan kerana Dr. Zakir tu adalah seorang mujtahid tapi dengan mengambil kira kemampuannya dalam menyebarkan Islam melebihi apa yang dapat dilakukan oleh kebanyakan orang. Biarlah seseorang memiliki level yang sama saja melakukan kritikan.
Namun di sini saya ingin mengemukakan sedikit pandangan. Bidang sebenar Dr Zakir Naik adalah dalam bidang perbandingan agama, pembuktian-pembuktian penemuan sains selari dengan Al-Quran, kepetahan mengemukakan logical thinking and reasoning dalam menambat akal fikiran pendengar. Namun dalam bidang “fatwa” sebenarnya bukan bidang Dr Zakir Naik. Kebiasaannya beliau akan mengambil beberapa ayat dari Al-Quran dan Hadis dan mengaplikasikan logical thinkingnya untuk mengemukakan sesuatu fatwa walaupun dalam hal-hal yang telah lama diputuskan oleh ulamak-ulamak terdahulu.
[Nota : Yang mana semestinya penjelasan ulamak-ulamak terdahulu lebih mantap jika benar-benar ditelusuri secara ilmiah.]
Sebab itu saya berpendapat tidak salah untuk terima apa-apa dari Dr Zakir Naik perkara yang berkaitan bidang dan kepakarannya tetapi bukan dengar dan terima bulat-bulat “fatwa” yakni berkaitan hukum-hakam darinya yang mana hal tersebut bukan bidang beliau kerana beliau bukan seorang mujtahid. Saya bukan nak jatuhkan Dr Zakir Naik namun apa yang saya kemukakan di sini adalah lebih baik dengar “fatwa” dari ulamak yang berautoriti dalam bidang tersebut berbanding dengar “fatwa” dari Dr Zakir Naik.
Sebolehnya saya mengelakkan bahasa yang berbentuk kritikan namun demi menjelaskan apa yang saya maksudkan sebagai “fatwa” Dr Zakir Naik, maka saya mengemukakan video ini :
1. Dr Zakir Naik berpendapat ulamak terdahulu kurang maklumat berbanding orang-orang yang hidup zaman sekarang kerana pada zaman tersebut maklumat belum terkumpul secara sistematik dengan erti kata belum ada teknologi seperti internet.
2. Dr Zakir Naik mentarjih fatwa Imam As-Syafie walaupun beliau belum mencapai taraf mujtahid yang mana seseorang yang bertaraf mujtahid mutlak seperti Imam As-Syafie hafal ratusan ribu hadis dan memiliki kefahaman yang mendalam serta “Al-Hikmah” lantaran “Adab dan Ihsan”.
[Nota : “Al-Hikmah” lantaran “Adab dan Ihsan” adalah bahasa yang difahami oleh ahli tasawwuf yang agak panjang jika ingin dihuraikan].
3. Dengan itu juga, Dr Zakir Naik seolah-olah tidak mengiktiraf wujudnya perkara khilafiah sebaliknya mencadangkan agar pilihan beliau terhadap apa yang difikirkan oleh beliau adalah yang paling benar yang perlu diterima.
Oleh Sam Nas |
0 comments:
Post a Comment