• Latest News

    Apr 1, 2016

    Tak Perlu Berbangga Dengan Majlis Perkahwinan Paling Sederhana


    Tak perlu nak berbangga-bangga punya mas kahwin atau hantaran senaskah al-quran. Tak perlu berbangga-bangga majlis perkahwinan kita paling sederhana dan majlis orang lain membazir. 

    Kerana setiap peringkat kehidupan kita ada ujiannya. Ada perkahwinan diuji seawal seminggu perkahwinan lagi, kemudian berpisah. Ada yang diuji sedikit-sedikit semasa saat hampir memperolehi anak pertama. Ada yang diuji ketika di pertengahan bahagia. Ada yang diuji di hujung perkahwinan/penghidupan.

    Dah lihat dari zero hantaran, hantaran senaskah al-quran hingga setinggi-tinggi hantaran. Dah lihat dari majlis paling sederhana sehingga se'grand majlis perkahwinan berakhir dengan tragis dan sedih. 

    Ini soal diri sendiri, rasa bertanggungjawab, mengawal kehendak nafsu, belas ihsan terhadap pasangan serta anak-anak. 

    Rendah hantaran bukan kunci rumah tangga tidak bergoncang. Tinggi hantaran bukan kunci rumah tangga musnah. Semuanya bergantung pada diri dan iman di hati serta kepercayaan kepada akhirat. - Hazirah Hj Hamzah |
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tak Perlu Berbangga Dengan Majlis Perkahwinan Paling Sederhana Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top