Semalam, Rozita Che Wan atau Che Ta, memuat naik video pendek anaknya, Aaisyah Dhia Rana, yang memakai baju yang mempunyai gambar anjing.
Ekoran itu, ramai netizen yang mengkritik tindakan Che Ta yang dianggap tidak sensitif dengan benda-benda haram.
"Hukum pakai baju gambar anjing/babi sama saja hukumnya dengan pakai baju ada lambang agama lain. Saya bukan saja-saja nak hentam/kutuk/hina dan saya bukan haters. Sebab benda dah kenyataan macam itu, harap dapat terima teguran yang tidak seberapa ini. Tetapi kalau tak suka, tak apa," kata Nurull Ezzanie.
Menurut Nurull, dia menegur sebab dia juga adalah peminat Che Ta dan Aaisyah, serta dia berhak menegur perkara yang bertentangan dengan agama.
"Saya pun peminat Che Ta dan anak dia sebab itu saya tegur. Dan memang benda ini benda kecil sebab benda kecil inilah elok ditegur sebelum timbul sesuatu yang lebih besar," katanya.
Bagaimanapun, sesetengah netizen berpendapat tiada salah memakai baju seperti itu kerana anjing juga adalah makhluk ciptaan Allah.
0 comments:
Post a Comment