1. Terlalu banyak mata pelajaran yang ingin dipaksa untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja amat merosakkan.
2. Inteligen di sekolah hanyalah logik matematik. Inteligen lain tidak berfaedah.
3. Dengan bilangan murid seramai 5.2 juta dan bilangan guru sekitar 419,900 nisbah guru murid adalah 1 : 12.5. Ini bermaksud seorang guru mengajar 12.5 murid. Namun dlm realiti bilangan murid di kelas adalah sekitar 40 orang. Ke mana perginya guru-guru ini?
Nisbah guru-murid di Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Namun bilangan murid dlm kelas adalah antara yang terburuk di dunia. Bagaimana KPM menguruskan sumber manusia guru?
4. Dalam tempoh 3 tahun 8 bulan menjelang 2020, Malaysia disasarkan menjadi negara maju. Namun sekolah satu sesi adalah impian semata-mata. Tanpa sekolah satu sesi, sistem persekolahan menjadi kelam kabut. Guru dan murid berkongsi bilik darjah. Sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi berpusat. Kita tidak pernah mahu berubah.
5. Sistem Naziran adalah merosakkan. Jemaah Nazir seharusnya dibubarkan. Nazir menjadi pemantau tanpa memahami budaya sekolah dan sistem pendidikan negara yang tidak menyokong pengajaran dan pembelajaran.
6. Pergerakan guru dari satu kelas ke satu kelas melalui kawalan jadual pengajaran untuk mengajar adalah sistem paling lapuk dlm sejarah pendidikan dunia.
7. Sekolah adalah "mini military camp". Kita tidak bersedia untuk menjadikan sekolah sebagai entiti keluarga. Malah kita juga tidak bersedia utk membuang unifom sekolah.
8. Guru melaksanakan beban yang tiada kaitan dengan proses pendidikan.
9. Kita terlalu taksub dengan sistem pendidikan barat khususnya sistem di US dan UK. Finland menjadi negara paling berjaya di dunia dlm sistem pendidikan apabila melaksanakan sistem yang bertentangan dengan Sistem Pendidikan di US dan UK.
10. Pegawai di KPM, JPN dan PPD adalah pembaziran sumber manusia yang nyata.
11. Dasar KPM berubah-ubah macam fesyen tudung.
12. Di Malaysia, datang ke sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan murid. - Muhammad Hussin |
0 comments:
Post a Comment