Kadang-kadang, cerita cinta paling menyentuh hati adalah mereka yang meneruskan hidup selepas pasangannya telah tiada.
Kisah Fred Stobaugh yang tidak pernah dapat melupakan cinta hati dalam hidupnya. Beliau berkahwin dengan Lorraine, merupakan "gadis tercantik dia pernah lihat" di Peoria, Illinois pada tahun 1940, dimana digambarkan percintaan mereka sentiasa gembira dan indah. Hasil perkahwinan mereka mempunyai tiga orang anak dan empat cucu.
Selepas 73 tahun berkahwin, Lorraine meniggal dunia dan Fred yang kini berusia 96 tahun, meneruskan hidup dan cuba untuk memperbaiki hatinya yang patah. Sebulan selepas kematian isterinya, beliau terserempak dengan iklan pertandingan menulis lagu tempatan. Dengan mendaftarkan diri, Fred yang pekak dan bukan juga pemuzik, telah menulis salah satu lagu yang paling indah dan menyayat hati yang dapat sambutan di siaran-siaran tempatan.Dia yang kekurangan kemahiran muzik untuk merakamkan "Sweet Lorraine," telah menghantar lirik bersama-sama dengan sepucuk surat. Green Shoe Studio yang tersentuh dengan karya beliau. mengambil keputusan untuk membuat lagunya menjadi hidup. Mereka kemudiannya membuat dokumentari pendek berjudul "A Letter From Fred" bagi menunjukkan cerita tentang Fred.
saksikan video yang pasti menyentuh jiwa
0 comments:
Post a Comment