Arkitek Antonio Girardi dan Cristiana Favretto di StudioMobile, dari Treviso Italy, mencipta "floating agriculture greenhouse" yang boleh menghasilkan makanan, dan yang mengagumkan tidak memerlukan tanah, air ataupun tenaga.
Dibina dengan menggunakan teknologi yang ringkas serta menggunakan bahan kitar semula pada kos yang rendah, "Jellyfish Barge" ini mengandungi komuniti yang 'lemah' dengan kekurangan air dan makanan. Struktur ini dilaporkan menghasilkan 150 liter air sehari berpunca dari kepingan solar yang diletakkan di sepanjang penjuru, rekaan ini menggunakan sistem hidroponik yang ringkas, yang mana boleh mengeluarkan 15% dari keperluannya daripada air laut bagi memastikan penggunaan air yang lebih efisien.
Direka bagi menampung 2 buah keluarga bagi setiap pod, struktur ini dibina daripada kayu seluas 70 kaki persegi, diapungkan menggunakan 96 buah dram plastik yang dikitar semula dan diskru pada beam sokongan. Berbentuk oktagon, Jellyfish Barge merupakan elemen modulariti - elemen bersegi bersambung dengan pod untuk membentuk ruangan komunikasi bagi kelompok yang besar.
0 comments:
Post a Comment