• Latest News

    Nov 20, 2014

    Majalah Fashion Ini Memerlukan Applikasi Smartphone Untuk Dibaca



    Persona merupakan majalah fashion terkini di Tokyo. Ianya dicetak diatas kertas yang tebal dan dipenuhi dengan gambar model dan rekaan baju, dimana yang tiada adalah teks.

    Kamu akan membaca Persona dengan menggunakan kamera telefon.

    Applikasi tersebut akan mengenalpasti gambar, dan akan mengekstrak informasi pada pangkalan data di cloud, dan akan memuat turun informasi yang berkaitan seperti harga dan jumlah produk. Gambar lain akan menampilkan wain dan tomato, yang akan mencetuskan perkhidmatan penghantaran sayuran dan penjual wain dan juga kupon online.

    Perisian pengecam gambar NEC Gaziru akan digunakan untuk menghubungkan pengkalan data kepada edisi online dan juga majalah versi cetakannya, yang mana akan dikeluarkan kepada 10,00 salun kecantikan seluruh jepun pada tahun depan. Applikasi dan majalah tersebut akan dilancarkan awal bulan ini dengan 18 syarikat telah menyertainya.

    Konsepnya seperti applikasi pengecam gambar yang lain seperti Google Goggles, tetapi NEC mengatakan bahawa sistem mereka lebih fokus kepada produk dan perkhidmatan gabungan berbanding hasil carian internet. Ianya lebih pantas apabila mencari gambar didalam database yang telah dihubungkan kepada object sebelumnya.

    "Masa bagi responnya adalah pantas". Kata Ken Tanoue, pengurus NEC yang terlibat bersama projek ini. "Kamu juga boleh mengimbas program ataupun tiket konsert dengan applikasi ini dan memuat turun informasi terperincinya."

    Tanoue menunjukkan telefon pintarnya dengan applikasi Gaziru di pertunjukan TV yang menonjolkan model sedang memperagakan pakaian. Sebagaimana video tersebut menunjukkan model yang berbeza, applikasi itu mengenalpasti setiap model dan dengan pantas mempamerkan setiap nama mereka.

    Video tersebut telah diproses terlebih dahulu oleh NEC sebelum demo dijalankan, tetapi Gaziru, yang dibangunkan pada dua tahun lepas, juga boleh mengenalpasti objek yang tidak dikenali seperti t-shirt yang dipamerkan di kedai atau makanan seperti pasta.

    Bagi kes tersebut, applikasi tersebut akan meminta pangkalan data cloud dan mendapatkan informasi berkenaannya. Dalam masa yang singkat, ia akan mengenalpasti makanan seperti pasta dan akan memberikan resipi untuk spagheti.

    Teknologi ini sama seperti yang digunakan oleh NEC dalam membangunkan sistem pengecaman wajah NeoFace dimana ianya boleh digunakan untuk keselamatan biometrik untuk mengakses PC.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Majalah Fashion Ini Memerlukan Applikasi Smartphone Untuk Dibaca Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top