• Latest News

    Nov 26, 2014

    Petani Menggunakan Pisau Gangsa Berusia 3,500 Tahun Sebagai Penyendal Pintu



    Pisau dari zaman gangsa ini digunakan sebagai penyendal pintu oleh seorang petani telah dibeli oleh Norwich Castle Museum dengan harga £38,970

    Pisau yang berukuran 27 inci ini berusia kira-kiraa 3,500 tahun dan merupakan barang kedua dari jenisnya yang ditemui di UK dan keenam di seluruh Eropah.

    Pisau ini ditemui di sebuah ladang di East Rudham, Norfolk pada 2002 oleh seorang petani dan dia tidak menyedari tentang kepentingan barang yang ditemuinya itu.

    Keluarga petani itu yang tidak pernah mengendahkan tentang pisau itu yang diletakkan di dalam rumah mereka lebih dari satu dekad, malah pernah menggunakannya untuk membuka pintu.

    Khazanah gangsa itu yang dikenali sebagai Rudham Dirk, hampir dibuang sebelum rakan petani itu mengatakan ianya perlu diperiksa dahulu oleh arkeologis.

    Kepentingang sejarahnya menjadi jelas dan telah diletakkan sebagai pameran di museum Norwich Castle.

    Ahli sejarah memberitahu pisau yang sama telah ditemui di France dan Holland yang, dan ahli sejarah mengatakan orang pada zaman itu telah mengembara dan berkongsi idea berkenaan pisau itu didalam upacara mereka.

    Pisau itu dibeli daripada pemiliknya oleh National Heritage Memorial Fund didalam urus niaga tertutup berharga hampir £41,000 termasuklah geran bernilai £39,000.

    Dr Tim Pestell, kurator arkeologi senior daripada Norwich Castle berkata "Petani itu yang menemukan pisau tersebut membawanya balik kerumah kerana ianya menghalang mesinnya untuk berjalan"

    Pisau itu dipercayai hanya digunakan didalam majlis istiadat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Petani Menggunakan Pisau Gangsa Berusia 3,500 Tahun Sebagai Penyendal Pintu Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top