• Latest News

    Nov 21, 2014

    Kali Pertama di Kuching, Sarawak (DAY 1)



    Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing. 

    Bagaimanapun, fakta sejarah menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, James Brooke pada tahun 1839. Selain itu, pendapat lain menyatakan pada zaman pemerintahan Brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indo-China. 

    Justeru, terdapat teori yang menyatakan Brooke mengambil nama Kuching dari perkataan 'Cochin' yang bermaksud pelabuhan pada zaman itu. Sebelum meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun China sering singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki kapal-kapal mereka.


    Hari Pertama

    MalindoAir

    7.15am-9.20am - Bagi mereka yang belum pernah dan ada keinginan ke Kuching ataupun ke negeri ini, disyorkan untuk mengambil penerbangan menggunakan khidmat MalindoAir. Tempat duduknya yang lebih selesa, ruang kaki yang lebih luas, terdapat skrin monitor untuk anda pilih sebagai entertainment yang mempunyai pelbagai pilihan seperti movie, lagu dan game. Dinasihatkan supaya anda membawa earphone terlebih dahulu jika tidak ingin menonton movie 'bisu'. Penerbangan yang mengambil masa satu setengah jam ini tidak terasa dengan perkhidmatan ini. Harga tiket juga tidak banyak beza dengan AirAsia, tetapi perbezaan ketaranya yang menyebabkan lebih memilih kepada MalindoAir adalah harga tiket sudah termasuk dengan muatan seberat 15Kg seorang, boleh memilih seat melalui online tanpa bayaran jika masih available, dan anda akan diberikan snek ringan dan air mineral, secara percuma. Servis perkhidmatan mereka juga bagus yang mana memudahkan pelanggan, dan tidak cekik darah berbanding perkhidmatan lain yang akan dikenakan bayaran dari setiap ceruk. Bagaimanapun, itu adalah pilihan anda.

    Kereta Sewa

    9.40am-10.30am - Adalah disarankan jika anda kesana bertujuan bersiar-siar, ambillah kereta sewa sebijik. Ini kerana kebanyakan tempat-tempat menarik agak jauh jaraknya. Jika anda lebih selesa duduk di resort ataupun hotel sahaja, pun tidak mengapa. Harga sewa yang termurah boleh didapati adalah dari JDG Car Rental dimana jika anda mengambil kereta Produa Kelisa untuk tempoh 24 jam adalah RM100. Itu yang termurah saya boleh dapatkan, mungkin kerana saya orang luar dan pertama kali sampai. Jika ada lagi yang lebih murah, anda boleh letakkan komen di bawah nanti, kerana memang akan ke sana lagi nanti.

    *waktu dari selepas 10.30-2pm adalah urusan peribadi yang tak sesuai diceritakan.

    Penginapan

    2pm-7pm - Untuk tempat tinggal, masing-masing mungkin ada tempat sendiri yang lebih selesa untuk dipilih. Saya mengambil hotel Dormani dimana lokasinya betul-betul di tengah bandaraya Kuching. Hotel ini bagi saya "ok la", untuk mandi tidur selama berada di sana. Jadi tak banyak cerita boleh saya sampaikan.

    WaterFront

    7pm-9.30pm - Lokasi Waterfront ini dekat sahaja dari hotel. Saya mula ke sana selepas maghrib, yang mana pukul 6.30 sudah masuk waktu dan langit pun sudah gelap seperti pukul 8 di semenanjung. Tempatnya sesuai untuk mereka yang inginkan suasana santai, berjalan-jalan menikmati pemandangan. Tujuan asal ke Waterfront ini sebenarnya ingin mencari cucur bawang. Tetapi mungkin kerana petang itu hujan lebat, dan tidak mengetahui kedai yang mana, kedai yang dicari tidak dapat ditemui yang mana sebenarnya berada di depan mata dan telah dibuka waktu itu. Dua kali melintasi kedai tersebut, sambil dipelawa pekerja kedai itu untuk singgah duduk. Pekerja mereka agak ramah. Mungkin kerana cucur bawang bukan makanan utama, jadi tiada gambar atau menu mengenainya. Hari itu pun agak lengang di sepanjang perjalanan mungkin kerana hari jumaat dan baru lepas hujan, dan terdapat beberapa peniaga yang baru untuk membuka meja mereka. Cerita Cucur bawang ini lebih menarik pada hari ke dua.



     
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kali Pertama di Kuching, Sarawak (DAY 1) Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top