• Latest News

    Nov 20, 2014

    Taylor Swift dan Harry Styles Berkawan Semula Selepas Pepisahan Pada 2013



    "Never, ever getting back together..." begitulah lirik melalui lagu popularnya. Taylor Swift dan Harry Styles yang berpisah pada tahun lepas, dikhabarkan melalui sumber bahawa dua bintang tersebut telah kembali berkawan.

    "Mereka telah menjadi kawan" Beritahu sumber dalaman tentang Swift, 24 dan Styles, 20. Penyanyi hiburan pop itu dan kekasih dari One Direction mula keluar bersama pada October 2012 dan berpisah pada Januari 2013.

    "Mereka didapati bergaduh" Sumber dalaman memberitahu dan menambah Styles ada mengatakan tentang 'sesuatu dia tidak sepatutnya dapat dan perpisahan adalah jalan terbaik'. Keadaan menjadi lebih tegang diantara mereka berdua pada hujung 2012.

    Menyedari bahawa dia tidak mungkin menjadi pop star British selamanya, Swift mendapat inspirasi melalui albumnya. Dia merujuk tentang hubungannya didalam lagu-lagu albumnya yang hangat 1989,  termasuklah kolaborasinya bersama Jack Antonoff "Out of the Woods" dan "Style"

    Style mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang isu tentang hubungan mereka yang diceritakan didalam lagu tersebut, mengatakan "Kami menulis melalui pengalaman sendiri. Saya rasa semua orang melakukannya. Jadi adalah hipokrit jika kami katakan, Oh, kamu tidak boleh tulis tentang kita"

    "Anggapan saya terhadap cinta telah berubah" Swift memberitahu "Bila saya bertemu seseorang dan terdapatnya tarikan, fikiran pertama adalah, 'Bila ini berakhir, saya harap kamu akan mengingati saya'"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taylor Swift dan Harry Styles Berkawan Semula Selepas Pepisahan Pada 2013 Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top