Tesco telah diarahkan untuk mengalih tanda dimana mengatakan permainan superhero hanya untuk lelaki setelah menerima aduan daripada gadus berusia 7 tahun.
Karen Cole yang sedang membeli belah bersama anak gadisnya di cawangan pusat membeli belah itu di Tower Park, Poole, Dorset terpandang satu papan iklan bertulis 'Fun gifts for boy'
Karen menghantar gambar anaknya Maggie yang tidak berpuas hati, dimana merupakan peminat Batman, Superman, Spider-man, Wonder Woman, dan siri TV The Flash, disebelah tanda tersebut dengan nota "Anak gadis saya berusia 7 tahun seorang pencinta superhero tidak berpuas hati apabila terpandang tanda ini @Tesco hari ini @LetToysBeToys."
Gambar itu yang dimuat naik di Twitter telah dipadam, bagaimanapun telah di tweet lebih 10,000 kali.
Puan Cole yang telah tag Let Toys Be Toys telah mendesak mereka dan industri penerbitan untuk berhenti menghadkan minat kanak-kanak dengan mempromosikan sesetengah permainan dan buku mengikut jantina.
Maggie memberitahu ibunya bahawa Tesco bertindak 'bodoh' dengan menggunakan tanda tersebut.
"Dia perasan tanda tersebut sebelum saya dengan mengatakan berulangkali 'ini tidak betul. Semua orang boleh sukakan superhero. Mereka bertindak bodoh bukan." Kata puan Cole.
Dia menambah "Dia fikir kedai yang melabel permainan untuk lelaki atau perempuan adalah bodoh: 'Saya boleh suka apa yang saya nak' kata Maggie"
Wakil Tesco telah memohon maaf dan mengatakan tanda tersebut akan dialihkan dari semua stor mereka.
0 comments:
Post a Comment