Seorang pakcik kepada pasangan kembar menjadi hero apabila merisikokan dirinya untuk menyelamatkan anak saudaranya yang merupakan pasangan kembar.
Remaja ini berlari ke laluan bas itu untuk menyelamatkan keluarganya.
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu mencapai anak saudaranya Ruby dahulu selepas dia berjalan ke arah jalan dan kemudian menolak pasangan kembarnya, Lennon ke tepi jalan.
Remaja itu, Ethan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan walaupun telah dilanggar, namun Lennon tercedera dalam kejadian itu, lapor Newcastle Chronicle.
Remaja itu disanjung sebagai hero ibu bapa pasangan kembar itu, Anthony dan kakaknya Latalia - yang ketakutan mereka akan kehilangan anak mereka didalam insiden tersebut yang berlaku di Walker, Newcastle.
Ethan mengatakan dia menolak Lennon ke tepi dan pelanggaran terjadi, dia yang akan menerimanya. "Saya rela mati demi anak saudara saya. Saya tidak berfikir banyak, saya terus lari ke jalan dan sempat menyelamatkan mereka sebelum bas itu melanggar mereka. Bas itu telah melanggar saya, dan saya sangka saya akan mati dengan mengetahui mereka selamat" kata Ethan.
Lennon bagaimanapun mengalami kecederaan kepala dan patah kaki. Dia dibawa ke Royal Victoria Infirmary dimana dia mendapat sembilan jahitan di kepalanya dan diberikan topek oksigen sepanjang malam. Lennon dirawat dihospital selama dua hari.
Latalia, 22 ibu kepada pasangan kembar itu berkata "Saya sangat takut. Saya menutup mata saya dan menjerit. Saya sangka telah kehilangan adik saya dan anak-anak saya. Saya hanya mampu menangis. Saya bersyukur yang adik saya ada waktu itu. Sekiranya dia tiada, saya pasti sudah kehilangan anak saya. Dia adalah hero"
Kejadian berlaku semasa mereka berjalan di Welbeck Road selepas mengambil pasangan kembar itu dari pusat jagaan dimana tiba-tiba Ruby berjalan ke tengah jalan. Ethan pantas berlari dan menolak Ruby ke arah ibunya yang mana Lennon mengikutnya dalam masa yang sama ke arah jalan.
Ethan kemudian berpatah balik untuk menyelamatkan Lennon daripada dilanggar bas yang menuju kearah mereka.
Anthony, 40, berkata "Ethan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengelak, dia menerima pelanggaran tersebut. Dia meletakkan dirinya disana demi anak-anak saya. Dia sememangya seorang hero. Saya sangat bangga dengannya"
0 comments:
Post a Comment