• Latest News

    Nov 27, 2014

    Mampu Mengangkat Beban 100Kg Walaupun Sarat Mengandung 8 Bulan


    Katja Harjanne masih mampu mengangkat beban 100 kg walaupun sarat mengandung 8 bulan. 

    Wanita berusia 39 tahun ini masih mengangkat berat di sesi CrossFit dan percaya amalannya membantu beliau kekal sihat melalui tempoh kehamilan.

    Peraturan berkenaan kesihatan dan kelesamatan sewaktu mengandung di syarikat Katja bekerja sebagai pengurus menyatakan bahawa dia tidak boleh mengangkat beban ditempat kerja walaupun bekas simpanan air.

    Katja daripada Brighton, telah mengamalkan CrossFit selama tiga tahun sebelum disahkan mengandung anak pertama.

    Seteleh mengetahui tentang kadungannya, dia telah membuat kajian tentang kesan amalannya dalam tempoh kehamilan.



    "Apabila saya tahu saya hamil, saya telah mengkaji secara online dan menemui banyak maklumbalas positif berkenaannya. Saya percaya dengan penilaian saya" Kata Katja.

    Katja meneruskan dengan rutinnya mengangkat berat, senaman kardio dan gimnastik dan menyesuaikan senamannya berdasarkan kehamilannya.

    Dia meneruskan latihannya lima kali seminggu, dan mengurangkan penggunaan tenaga ke tahap yang dia rasakan selamat untuk dirinya dan juga kandungannya.

    "Saya telah kurangkan beban kerana kehamilan dan saya hanya lakukan apa yang saya rasa selesa" terangnya lagi.

    Tunang Katja, Jason, 28, merupakan peminat CrossFit menyokong dengan senaman berterusan Katja.

    Katja menyambung "Jason malah merasa bangga. Dia melakukan CrossFit dan merasakannya bagus untuk saya meneruskannya. Dia sangat-sangat menyokong. Ada satu masa dia mengatakan saya perlu kurangkan sedikit kerana saya terlalu bersaing terhadap sesetengah perkara. Tetapi kebanyakannya, dia amat menyokong dengan apa yang saya buat"


    Jason seorang juruteknik simulasi penerbangan juga melakukan kajian tentang kesan kepada kehamilan dan membantu Katja untuk menyesuaikannya.

    "Kami duduk bersama bila mengetahui dia mengandung dan berbincang bagaimana dia boleh meneruskan latihannya dengan cara selamat. Akhirnya dia melakukan tekan tubi pada kotak dimana perutnya tidak akan terkena lantai.

    Bagaimanapun dia melakukannya semua sendiri dan mengikut kata hatinya. Saya percaya dia sepenuhnya dan dia melakukannya dengan baik"

    Tetapi tidak semua setuju dengan keputusan Katja untuk meneruskan CrossFit, termasuklah bakal ibu mertuanya.

    "Ibu saya agak tidak bersetuju dengan latihan Katja" Kata Jason. "Dia datang dari zaman dimana perkara begini menjadikan orang tidak senang dan dia merasakan adalah lebih baik Katja duduk sahaja di rumah berehat."

    "Tetapi Kat menunjukkan bahawa ianya boleh dan menyarankan wanita lain bahawa tidak perlu hanya duduk di rumah. Kamu boleh menjadi aktif, keluar berjalan dan berenang dan ianya adalah selamat untuk kamu dan bayi kamu" Sambung Jason.



    Katja mengatakan "Setiap orang di CrossFit menghormati apa yang saya lakukan sebagaimana mereka faham tentang disiplin dan dedikasi saya"

    "Orang lain yang tidak mengetahui tentang kebaikan CrossFit merasa lebih bimbang dan mejadi lebih skeptikal. Keluarga saya juga menyokong dan menasihati saya supaya tidak melakukannya berlebihan"

    Walaupun Katja sedar sesetengah wanita menerima kritikan kerana menjalankan latihan sewaktu kehamilan, dia sangat yakin bahawa dia melakukan yang terbaik untuk dirinya dan kandungannya.

    "Ratusan tahun lepas wanita tidak berhenti bekerja disebabkan hamil, mereka masih melakukan kerja manual untuk dilakukan."

    "Saya berlatih empat atau lima kali seminggu dan saya rasa bagus mengenainya. Tahap tenaga saya telah meningkat dan ianya membantu saya sepanjang kehamilan."

    "Saya kadangkala berfikir, kita lupa yang kehidupan perlu diteruskan dan tidak berhenti hanya kerana kita hamil, ianya bukan penyakit. Dan di akhirnya, saya bukan melakukan apa yang betul untuk orang lain, saya lakukan apa yang betul untuk diri saya sendiri."

    Katja dan Jason tidak sabar menantikan kehadiran ahli baru kedalam hidup mereka.

    "Saya tidak sabar untuk menjadi bapa" tambah Jason. "Saya tidak sabar untuk melihat senyuman di wajah Kat dan melihat kedalam mata bayi itu nanti"






    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mampu Mengangkat Beban 100Kg Walaupun Sarat Mengandung 8 Bulan Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top