• Latest News

    Nov 19, 2014

    Singa, Tikus, Ular dan Lebah



    Suatu malam seorang lelaki bermimpi, didalam mimpinya dia dikejar oleh seekor singa. Lelaki itu berlari sekuat hati ke satu pohon yang besar. Tanpa berlengah, dia pun memanjat dan duduk diatas dahan yang paling tinggi. Lelaki itu memandang kebawah dan melihat singa tadi masih menunggunya di bawah tanpa berganjak. Kemudian lelaki itu memandang ke sebelah dan ternampak dua ekor tikus di hujung pangkal dahan yang sama, seekor berwarna putih dan seekor lagi hitam. Kedua-dua ekor tikus itu sedang menggigit dahan tersebut. Lelaki itu sedar, dahan itu pasti patah tidak lama lagi.

    Dalam keadaan cemas, lelaki itu menoleh semula kebawah dan singa tadi masih berada di bawah dan yang mengejutkan, terdapat juga seekor ular besar yang berwarna hitam betul-betul berada di bawah tempat duduknya sambil ternganga. Sekiranya dahan itu patah, dia pasti akan terus masuk ke dalam mulut ular tersebut. Dalam kegelisahannya, dia memandang keatas untuk mencari kalau-kalau ada dahan yang lebih kukuh untuk di berpaut. Dia mendapati dahan diatas rupa-rupanya terdapat sarang lebah yang dipenuhi madu. Terdapat beberapa titits madu yang terjatuh dari sarangnya. Terlintas di fikiran lelaki itu untuk merasa sedikit madu itu, dia pun menjelirkan lidahnya untuk mendapatkan titisan madu yang jatuh. Merasakan madu itu sedap, dia ingin menikmati lebih banyak madu itu. Semakin dia menikmati madu itu, semakin dia lupa tentang bahaya yang menantinya.

    Kemanis madu lebah itu menyebabkan dia lupa tentang tikus yang sedang mengigit dahan tempat duduknya itu, ular yang berada di bawahnya dan juga singa yang setia menantinya dibawah. Tiba-tiba dahan tempat duduknya patah, dan barulah dia teringat tentang bahaya yang sedang menantinya. Lelaki itu terus terjaga dari tidurnya.

    Merasa gelisah dengan mimpinya, dia mencari seorang alim untuk bertanyakan maksud mimpinya. Sesudah bertemu dan menceritakan keseluruhan mimpinya, orang alim itu berkata
    "Singa itu adalah kematian kamu, dan dia akan terus mengejar kamu kemana saja kamu pergi. Dua ekor tikus itu adalah siang dan malam, yang putih adalah siang dan hitam adalah malam yang silih berganti untuk menarikmu kepada kematianmu. Ular hitam yang besar itu adalah kuburmu, yang sentiasa menantimu sampi tiba saatnya kamu dikebumikan. Manakala sarang lebah itu adalah dunia dan kemanisan madu itu adalah kemewahan dunia. Kita tertarik untuk merasa sedikit kemewahan dunia dan berasa seronok setelah mendapatkannya. Kemewahan dan keseronokkan itu menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut didalam kemewahan serta kemanian dunia. Kita lupa tentang masa yang berputar, kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lipa tentang kubur yang menanti dan memanggil."

    Orang alim itu menyambung "Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat unutk bekalan bertemunya."


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Singa, Tikus, Ular dan Lebah Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top