Seorang wanita yang mendapati teman lelakinya telah curang menjadi bualan di internet apabila dia telah mencoret tulisan ke atas kereta teman lelakinya dan memuat naik gambar itu di internet.
Maria Alejandro Samaniego, 25 berang apabila menemukan teman lelakinya Pabil Muniz Quintanilla, 27 diatas katil bersama wanita lain di rumahnya di Baranquilla, Colombia.
Maria pulang semula ke rumah teman lelakinya bersama temannya beberapa jam selepas mengamuk, meyakinkan pengawal keselamatan untuk membenarkan mereka masuk ke kawasan garaj tanpa pengetahuan Quintanilla.
Rakannya Valeria Cazares Aranda, 28 merakam perbuatan Maria menggunakan pen marker kekal berdakwat hitam dan menconteng kereta Mercedes putih teman lelakinya dengan kata kesat dan sumpahan serta menyoalkan tentang saiz kelelakiannya serta tabiatnya sebagai penagih.
0 comments:
Post a Comment