• Latest News

    Nov 19, 2014

    Whatsapp Messenger menambah enkripsi End-to-End secara default



    Berita baik bagi pencinta privasi! Akhirnya applikasi popular Whatsapp telah membuat enkripsi End-to-End sebagai cirinya secara default, menjadikannya setapak lebih depan didalam privasi online kepada penggunanya serata dunia.

    Whatsapp, applikasi terkenal yang  mempunyai 600 juta pengguna sehingga bulan Oktober, 2014 telah berkerjasam dengan  Open Whisper System bagi meningkatkan privasi dan keselamatan mereka dengan melaksanakan enkripsi end-to-end yang kukuh bagi kesemua teks yang dihantar.

    Enkripsi yang kukuh ini bermaksud, walaupun Mark Zuckerberg sendiri tidak boleh membaca perbualan melalui applikasi ini, walaupun diminta oleh pihak berkuasa. Pereka applikasi ini menerangkan bahawa langkah ini adalah langkah pelaksanaan enkripsi end-to-end terbesar.

    Open Whisper System merupakan organisasi perisian yang dimulakan oleh pengkaji keselamatan Moxie Marlinspike, yang merupakan orang dibelakang tabir dalam pembangunan applikasi TextSecure yang digunakan untuk enkripsi. Sejak tiga tahun lepas, beliau bersama kumpulannya telah menjalankan pembangunan servis pesanan yang 'moden, open source, protokol enkripsi yang kukuh' yang kini diserapkan kedalam Whatsapp.
    "Kami sedang mencari jalan sehingga semua platform mobil dapat disokong, tetapi kami cuba bergerak pantas dimana pengguna Whatsapp akan mendapat fungsi enkripsi end-to-end ini secara default" Terang Open Whisper System didalam blog mereka.
    Terdapat beberapa had batasan terhadap enkripsi Whatsapp end-to-end ini, dimana ianya hanya berfungsi terhadap platform Android setakat ini (IOS akan datang) dan hanya merangkumi kepada pesanan teks sahaja. Applikasi ini juga berpotensi kepada serangan Man In The Middle (MitM) kerana tiada cara untuk memeriksa atau mengesahkan identiti penerima pesanan tersebut.

    Whatsapp telah dibeli oleh Facebook dengan harga $19 billion pada Februari lepas. Applikasi popular ini telah dikritik selama bertahun kerana isu keselamatan. Tetapi setelah pengumuman tentang pelancaran ini, ianya telah mendapat pujian oleh pengamal keselamatan internet.

    "Whatsapp layak menerima pujian dengan menumpukan masa dan usaha mereka terhadap projek ini. Walaupun kami masih di permulaan dalam perlaksanaan ini, kami percaya ini akan menjadi wakil dalam perlaksanaan enkripsi komunikasi besar-besaran didalam sejarah"
    Applikasi pesanan lain yang mengamalkan enkripsi juga wujud pada masa kini, termasuklah Cryptochat, Silent Text dan juga Telegram, tetapi menurut Verge, Whatsapp akan menjadi pelaksana terbesar dalam jenis enkripsi end-to-end ini.

    Open Whisper System merupakan syarikat yang dibina daripada penyumbang open source dan kumpulan yang khusus dalam komunikasi selamat, juga dikenali sebagai pembangun Signal, Redphone, dan juga applikasi TextSecure.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Whatsapp Messenger menambah enkripsi End-to-End secara default Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top