Video mengejutkan ini menunjukkan seorang guru mengheret pelajarnya yang berumur 14 tahun di lantai menuju ke kolam renang selepas dia enggan untuk berenang.
Pelajar itu dari Edison High School di Stockton California, enggan untuk mengambil bahagian dalam kelas berenang kerana tidak mahu merosakkan rambutnya atas alasan ingin berjumpa kawannya petang itu.
Akibatnya, guru yang bertanggungjawab atas kelas tersebut, didakwa menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak.
Guru lelaki itu yang dilihat bergelut dengan pelajar tersebut, jeritan pelajar itu dapat didengari sementara rakan sekelasnya yang lain hanya mampu melihat kerana terkejut. Pelajar itu mengalami beberapa kesan lebam akibat serangan tersebut.
Selepas pendedahan video sepanjang 95 saat itu, pelajar tersebut yang meminta untuk dirahsiakan namanya, Ibunya dan peguam dilihat muncul di dalam rancangan Inside Edition untuk membicarakan perkara ini.
Dia berkata "Saya ingin menangis setiap kali melihat video ini. Ia membuatkan saya marah. Saya dimalukan dan marah dimana dia melakukan semua ini dihadapan orang"
Gilbert Somera, peguam yang mewakili gadis tersebut berkata, "Tanpa mengambil kira gadis ini, ianya menjelikkan bagaimana lelaki itu tergamak melakukannya keatas seorang gadis berumur 14 tahun"
0 comments:
Post a Comment