• Latest News

    Nov 13, 2014

    Merak dan Gagak



    Terdapat seekor gagak tinggal di hutan dan benar-benar puas dalam kehidupannya. Tapi suatu hari ia terlihat seekor angsa. "angsa itu sangat putih," pikirnya, "aku pula sangat hitam. Angsa ini mesti burung paling bahagia di dunia. "

    Gagak ini pun bejumpa si angsa dan mengungkapkan fikirannya kepada angsa. "Sebenarnya," jawab angsa, "Aku merasa bahawa aku adalah burung paling bahagia di hutan ini hinggalah aku melihat burung kakak tua, yang memiliki dua warna. Aku yakin bahawa burung kakak tua adalah burung yang paling bahagia". 

    Burung gagak kemudian mencari burung kakak tua yang dikatakan itu. Setelah bertemu, si gagak mengungkapkan perkara yang sama kepada si angsa. Burung beo itu pula menjelaskan, "aku mempunyai kehidupan yang sangat bahagia sehingga aku melihat burung merak. Aku hanya memiliki dua warna, tetapi merak memiliki beberapa warna. "

    Gagak yang tidak berpuas hati kemudian mencari si merak dan akhirnya menemukannya di zoo dan melihat terdapat ratusan orang berhimpun untuk melihatnya si merak. Setelah pengunjung mulai reda, burung gagak mendekati merak. "Sayang merak," kata burung gagak, "Kau begitu indah. Setiap hari ribuan orang datang untuk melihat kau. Ketika orang-orang melihat aku, mereka segera menghalau aku pergi. Aku pikir kau adalah burung paling bahagia di planet ini. "

    Merak kemudian menjawab, "Aku juga berpikir bahawa aku adalah burung yang paling indah dan bahagia di planet ini. Tetapi karena kecantikan ini, aku terjebak di kurungan binatang ini. aku telah meneliti kurungan ini setiap hari, dan aku sedar bahawa burung gagak adalah burung yang tidak disimpan di dalam ini. Jadi selama beberapa hari terakhir ini, aku telah berfikir bahawa jika aku seekor gagak, pastu aku bahagia dapat terbang ke mana-mana. "


    Begitu juga kita. Kita sentiasa membuat perbandingan dengan orang lain dan mula berasa sedih. Kita tidak menghargai dengan apa yang telah tuhan kurniakan. Belajar untuk gembira dengan apa yang kita ada daripada bersedih dengan apa yang kita tiada. Akan sentiasa terdapat di dunia ini dimana mereka lebih ataupun kurang daripada kita. Insan yang menghargai apa yang mereka ada merupakan insan yang paling bahagia.
    Newer Post
    Previous
    This is the last post.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Merak dan Gagak Rating: 5 Reviewed By: zeroRyuki
    Scroll to Top