"Italian made Ray Bay, Oakley sunglasses :)" , "Pick up Your New RayBan Sunglasses Here before they run out!". Mungkin anda pernah menerima kandungan SMS seperti ini. Jika anda menggunakan IOS atau Android, kemungkinan anda menerima sms begini adalah tinggi
Berita baik bagi anda, tidak kira IOS atau Android, keduanya membenarkan anda untuk block pemanggil dan juga penghantar yang tidak bertanggungjawab ini.
IOS - Settings
Selalu menerima sms berupa spam didalam inbox anda? Selagi anda mempunyai IOS 7 atau yang terbaru, langkah seterusnya adalah mudah.
Buka message, tap pada Contact dan kemudian tap pada "i" yang muncul. Anda akan melihat contact card spammer yang hampir tiada apa-apa kandungan. Skrol hingga ke bawah skrin dan tap pada "Block this caller". Anda kemudian boleh mengucapkan selamat tinggal kepada spammer tersebut.
Sekiranya anda ingin melihat kesemua jumlah dan pengguna iMessage yang telah anda block, tap pada settings, message, skrol hingga ke bawah, kemudian tap pada Blocked. Jika anda ingin unblock semula, swipe nombor atau alamat yang diingini dari kanan ke kiri, kemudia tap pada butang merah unlock.
Walaupun anda telah dapat block satu nombor, tidak bermakna anda telah dapat block mereka semua, tetapi sekurangnya anda telah tahu cara untuk menerima dari nombor yang sama lagi.
Android - Sedikit rumit
Cara untuk block sms pada platform Android lebih rumit daripada IOS, bagaimanapun untuk block di IOS, hanya IOS 7 saja mempunyai kelebihan ini. Agak adil bukan?
Sementara applikasi stock messanger tidak mempunyai pilihan block, anda boleh dapatkan applikasi messenger yang lain yang boleh dimuat turun di Play Store. Beroperasi seiring dengan applikasi message standard, applikasi penghalang sms pihak ketiga (seperti SMS Filter dan Mr.Number) membenarkan anda untuk membuat dan menguruskan tetapan "blacklist" - senarai yang telah anda block. Applikasi anti spam yang lain seperti Postman dan Spam Blocker, akan menguruskan untuk anda dan akan menandakan sms yang disyaki sebagai spam. Bagaimanapun kebanyak applikasi penghalang spam ini dikatakan tidak berguna.
Memandangkan ramai pengguna Android belum lagi update kepada versi Android terbaru iaitu "KitKat" dimana mereka yang menggunakan versi lama terpaksa menggunakan applikasi pihak ketiga.
Bagi mereka yang mempunyai versi KitKat dimana versi Android bernombor 4.4 keatas, aplikasi message anda mempunyai kebolehan untuk block spam SMS.
Alternatif lain adalah aplikasi Hangouts daripada google, yang mana bukan sahaja menghantar dan menerima SMS standard, tetapi membenarkan anda untuk meletakkan spammer didalam senarai "blocked".
0 comments:
Post a Comment