Nvidia telah mengumumkan tentang perkhidmatan streaming cloud mereka, Grid, yang bermula pada minggu depan untuk peranti Nvidia Shield. Grid yang akan dilancarkan pada 18 November di utara Amerika dan Disember di Eropah, manakala pada 2015 untuk Asia.
Grid yang boleh didapati percuma bagi pemilik Nvidia Shield Tablet ($300 + $60 untuk controller) dan Nvidia Shield ($200) bermula 30 Jun, 2015. Ianya akan ditawarkan melalui langganan menyerupai Netflix ataupun secara individu dan juga sewaan.
Didalam websitenya, Nvidia menerangkan yang ianya mengambil masa 10 tahun bagi mereka untuk mencipta teknologi ketepatan grafik yang tinggi untuk peranti sepeti Shield.
"Sebabnya adalah streaming Game adalah sukar. Kamu perlu mencipta komputer yang berkuasa tinggi untuk game didalam cloud, dan kamu perlu menyediakan game kepada pengguna dalam milisaat"
Grid akan menawarkan "super-low latency", Nvidia mengatakan terima kasih kepada data susunan teknologi diserata dunia. Ia merupakan usaha yang meletakkan 20 petaflops pemprosesan grafik kedalam cloud. Ianya bersamaan dengan kuasa superkomputer terpantas di US.
Dari segi sokongan game, pengguna boleh stream game yang bersaiz besar seperti Batman:Arkham City dan Borderlands 2, seperti juga game lama seperti Brutal Legend dan Psychonauts. Sebanyak 20 game yang boleh didapati semasa pelancaran nanti, dan banyak lagi yang akan dikeluarkan setiap minggu.
CNET melaporkan bahawa resolusinya akan terhad kepada 720p. Nvidia juga menyarankan bahawa pengguna memerlukan sekurangya kelajuan 10mbps untuk menggunakan Grid. Keterangan lanjut mengenai Grid, boleh didapati di sini.
0 comments:
Post a Comment