Lookout, firma keselamatan mobil memberikan amaran tentang virus berbahaya 'NotCompatible Malware' yang boleh menjejaskan telefon pintar Android dan mengawalnya bagi tujuan jahat seperti spam pengguna, menjalankan 'click-fraud', eksploitasi automatik, penipuan pembelian tiket dan banyak lagi.
Lookout telah mengesahkan bahawa lebih daripada 4 juta telefon di US telah menjadi Botnet pada tahun ini sebagai hasilnya.
Firma ini telah menjejaki evolusi malware ini dari dua tahun lepas. Pada masa itu, 'NotCompatible malware' digunakan sebagai proksi untuk menjalankan kempen spam. Setelah beberapa kemudian, penggodam telah mendedahkan 'NotCompatible.A' mempunyai hubungan arkitektur yang ringkas, 'NotCompatible.C' merupakan perubahan menjadi lebih ganas dari segi konsep teknologi bertujuan meneruskan hidup.
Bagaimana ianya disebarkan
NotCompatible disebarkan kepada telefon pintar dengan menjangkiti laman web dan apabila pengguna melawat laman tersebut melalui telefon pintar, mereka akan memuat turun kod tanpa diketahui.
Malware NotCompatible biasanya memperkenalkan diri sebagai kemaskini sistem Android dan meminta keizinan untuk dipasang ke telefon pintar. Satu cara selamat daripada malware ini adalah dengan membatalkan sebarang popup dan memeriksa tetapan untuk sebarang kemaskini sistem.
Menggunakan NotCompatible proksi, penyerang mampu untuk melakukan apa sahaja daripada hos yang terdedah didalam rangkaian, mengeksploitasi kelemahan dan mencari data yang terdedah.
0 comments:
Post a Comment