Mencari destinasi bercuti? Mungkin anda patut senaraikan destinasi-destinasi itu kedalam wish list anda dan mengharap akan ada yang menguruskan untuk anda nanti. Sekurangnya itu mungkin perkara yang akan berlaku jika laporan yang mengatakan Amazon melebarkan cawangannya kepada laman travel adalah tepat.
Laman travel Skift melaporkan bahawa Amazon telah berkerjasama dengan hotel persendirian dan resort berdekatan bandar-bandar besar untuk permulaannya sebagai Travel Department. Laporan itu mendakwa bahawa servis baru akan dilancarkan seawal Januari 2015, yang permulaannya memberikan pilihan hotel sekitar New York, Los Angeles dan Seattle.
Konsepnya kedengaran mudah: hotel menyenaraikan bilik-bilik, ketersediaannya, harga, dan gambar di Amazon, dan 15% komisen akan dibayar kepada Bezos & Co. bagi setiap tempahan. Pihak-pihak hotel tersebut memberitahu Skift bahawa Amazon telah bertemu mereka untuk menawarkan skim tersebut sejak minggu lepas, menggunakan rating TripAdvisor untuk mendapatkan tempat yang menarik,
Laporan itu juga mengatakan fokus awal Amazon Travel adalah tempat untuk menginap berbanding pengangkutan, bagaimanapun tawaran tersebut akan menggabungkan tentang tarikan dan perkara lain yang menarik untuk dilakukan di tempat yang disenaraikan.
Jelas sekali, adalah sukar untuk mengatakan laporan ini adalah tepat, tetapi dengan Amazon memandang jauh untuk menyediakan perkhidmatan ini, ianya boleh dipercayai. Hanya tunggu dan lihat.
0 comments:
Post a Comment