Hero klasik Call of Duty seperti Capt. Price, Soap MacTavish dan Mike Harper ditampilkan pada game skrin sentuh yang baru, berdasarkan kepada francais tentera.
Mengikut stail Clash of Clans permainan Call of Duty: Heroes boleh didapati bagi iOS dan Windows 8 dan Android akan menyusul. Pemain membuat Pengkalan tentera, pusat-pusat pengeluaran dan unit-unit ketenteraan dalam perlawanan untuk mengalahkan pihak lawan. Watak-watak seperti MacTavish akan dibawa sebagai unit elit, membuat kombo membunuh dan boleh mendapatkan kuasa tambahan.
Soap MacTavish, askar ops Khas British SAS, ditampilkan banyak dalam Call of Duty: Modern Warfare, sebelum terbunuh semasa beraksi.
"Call of Duty: Heroes membawa kembali watak-watak ikon ini dari seluruh francais Call of Duty untuk bermain sekali lagi dalam pengalaman baru yang dicipta untuk mobil," kata Jeremiah Maza dari penerbit Activision. "Semuanya fokus kepada keseronokan. Tiada apa yang dikatakan berat dan akan dilaksanakan dalam misi baru melalui telefon pintar atau tablet anda."
Sumber: Activision
0 comments:
Post a Comment